Monday, January 19, 2015

Januari 2015

Pejam celik tahun 2015 dah pun nak hampir sebulan kan? Sekejap je berlalu. Yang risaunya perjuangan baru sua pucuk. Adoi.. Mampukah capai target? Apapun jangan mengalah. Azam mesti diteruskan juga walau apa cara sekalipun.

Kekuatan dan semangat sekarang ni terletak pada anak yang bakal lahir. Mungkin inilah yang dinamakan rezeki anak. InsyaAllah, sebagai seorang ibu tentu sekali akan memberikan yang terbaik untuk anaknya. Permata yang ditunggu sejak sekian lama akan lahir tidak lama lagi. Tak sabar rasa tapi dalam masa yang sama takut pun ada. Hehe.. 

Program sekarang nie? Berusaha mendapatkan momentum menulis yang lama dan berusaha menyiapkan segala kerja yang terbengkalai. 

Thursday, January 15, 2015

Karya Sulung 2015 Mendapat Tempat

Sekian lama menyepi, akhirnya satu karya sulung untuk 2015 dapat juga direalisasikan. Semakin berkobar-kobar dan bersemangat rasanya. Sayangnya, keasyikan menulis masih tidak mencapai disiplin dan momentum yang tersendiri. Masih tidak konsisten. Sedang berusaha!

Ketagihan mengemudi laman sosial sedikit mengganggu. Harus senyap buat sementara waktu kerana hal-hal demikian sangat memberi impak yang negatif dalam membina tahap disiplin menulis yang tinggi. Semoga Allah mempermudahkannya.

Berhubung tajuk entri, rasanya biarlah dirahsiakan dulu. Nanti dah keluar barulah saya hebahkan. Bukan apa, takut tak jadi. Bulan berapa punya keluaran pun masih tidak tahu. Teringin sebenarnya hendak menulis skrip drama tv tapi biarlah bermula dari genre yang ada dulu. Nanti terkejar maklumlah dah lama berhenti menulis.

Apapun, doakan saya kembali! Terima kasih =)

Tuesday, January 13, 2015

Idea Mencurah Tapi Separuh Jalan

Apabila dah berniat dan berazam nak menulis tahun ni, maka segala persiapan tahun lepas pun digali. Ada la juga daripada tak ada cuma nak peram dulu. Bila dah mula menulis, idea mencurah-curah nak tulis itu, nak tulis ini tapi sampai sekerat jalan, datang lagi pulak idea lain. Adoii.. Mulalah segala-gala jadi sekerat.

Terasa payah nak mencapai momentum menulis yang dulu tapi halangan itulah yang patut kita lawan. Alhamdulillah, ada la sikit yang sudah siap. Dugaan dari segi masa dah tak ada cuma disiplin dan komitmen menulis tu sedikit lari. Konon tak nak tidur, duduk depan TV nak menulis depan TV, selebihnya TV jadi tukang cerita. Lepas tu beralih angin masuk dalam bilik, bila dah kena sejuk, mata pulak macam ada gam.

Hehe.. Doakan perjalanan masa bersalin nanti dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya.

Sunday, January 11, 2015

Birthday Dudu

Aduh! Dah Ahad. Esok tunjuk muka sehari di ofis termasuk claim resit dan bagi mc yang berhari-hari. Dah tak larat dah sebenarnya tapi gagahkan juga.
8 Jan 2015 - Hari lahir suami tersayang. Disambut sederhana. Nak buat surprise sangat pun tak boleh sebab keadaan tak mengizinkan. Apatah lagi bila dah terboyot begini, memang takde baju mengancam la. Hihi.. So sambut dengan kek dan pulut kuning rendang ayam.
Orang kata kuat lagi buat masak bagai.. Hihi.. Kuat je. Ibu mengandung jangan ikut perasaan sangat. Orang lain mengandung lagi la teruk keadaannya. Terpaksa juga angkat benda berat dan menggoreng bagai sebab kesusahan hidup. Alangkah bertuahnya kita kerja ofis dan duduk dalam ekon.
Untung juga kalut saving untuk baby, duit bonus kerja masuk. Alhamdulillah.. Dapat juga meraikan hari bahagia suami.
Next year kita sambut dgn anak sekali la ye..

Hari ni Ahad. Semalam ada kenduri sikit kat rumah berkat game COC tu maka bertamulah geng grup tersebut. Masak mee goreng 4 bungkus ingatkan tak habis tapi tak cukup. Hihi.. Alhamdulillah.. 

So pinggan semua tinggal la kat bibik sebab memang ingat seminggu sekali nak mintak bibik datang kemas rumah. Hari ni ambil bibik lain tapi dia nak angkut geng sampai 3 orang nak kemas rumah yang tak seberapa nie. Pening aku!

Aku cakap.. Dua orang cukuplah. Banyak pun nak buat apa. So bergenglah bibik tu mula dari jam 12 sampai 245pm. Ish.. Macam lama pulak 2 orang nie. Ke saja2 nak lengahkan masa? 

Aku biar je. Saja nak tengok apa yang dorang buat. Sekali naik.. Wowwww!! Memang puas hati. Toilet aku berkilat, cermin pun berkilat, sana sini habuk dah takde. Pintu pun takde habuk. Kehkehkeh.. Aku gelak jahat. Ok.. Berbaloi..

Aku check bahagian bawah. Almari aku yang aku pernah lap 5 bulan lalu nampaknya bersih suci. Aku pun lap bersisa. Hehe.. Habis dia panjat lap kipas. Lap lampu lap cermin lap segala benda. Hehe..

Yang paling best longkang dan sangkar kucing pun dia bersihkan sekali. Wahhhh kembang setaman la aku. Mak mertua aku cakap nak masak pun rasa sayang je takut kotor. Haha.. Baju2 dalam bilik je tak sempat nak test sebab bangun je mak mertua aku dah lipat comel.

Hehe.. Kalau bibik minggu lepas lipat memang aku tak puas hati la. Tapi takpelah sikit2 tu aku buat je la. Apalah sangat.

Terus cakap kat dudu, kita ambil 2 minggu sekali la. Tak sempat nak kotor ni kalau seminggu sekali. Haha.. Yang nak mop bilik tu sebab hari tu lecah dengan orang pasang ekon dengan air ekon menitik2 bagai.

Dah clear so takde hal la. Bilik study dan bilik tamu pun takde orang. So tak berbaloi nak ambil seminggu sekali. Okeh.. Puas hati!!

Friday, January 2, 2015

Yeay! Dah dapat Bibik Part Time

Bibik..
Berkat mulut peramah nie.. Hehe.. Caranya senang je. Jangan cari yg pakai agent atau yg sediakan transport utk cleaner bagai tu. Nanti mahal. Dekat Malaysia ni ramai GILA orang Indonesia. Sana sini boleh tanya dan kebanyakannya takkan menolak. Selang beberapa buah rumah pun memang kerjanya mengemas rumah. Harga servis pun murah dan berbaloi. Masalahnya cantik! haha.. Aku cakap aku tak nak bibik muda dan cantik. Husband aku gelak je. Takdelah aku gurau je. Haha.. Tapi dlm hati tak nakkkkk jugak.. Kahkahkah..

Lepas tu jumpa sorang abang BOB.. Dia nie banyak contact dgn Indon. Mintak dia carikan jugak. Oh.. Bibik dia okay. Harga pun sama. Yang dekat rumah tu tak dapat awal pagi sebab kerja so aku try la bibik abang BOB nie.

Yang kelakarnya, abg BOB tu kenal muka aku je.. Nama tak kenal. Sekian lama tak nampak aku, dia jerit "Wei Kedah.. Hang mengandung ka??"

HAHAHA.. Dia punya la gelak besar.. Ces.. Engkau abg BOB!!

Akhirnya ambillah jugak bibik dari Surabaya. Tak mahal pun. Rata2 ambil rm10 utk 1 jam. Memang berbaloi. Kerja laju dan tak payah nak suruh dah. Maklumlah.. Aku ni orang kampung. Dah biasa kerja sendiri dan tak reti nak menyusahkan orang walaupun berbayar. Kalau boleh nak ikut tolong buat kerja sekali. Suami asyik suruh duduk diam2. Haha.. Tapi sempat jugakla kemas sangkar kucing dan cuci longkang belakang rumah. Bau rumah semerbak pencuci lantai. Harum je. Masa dia vakum tadi macam nak makan je vakum tu sebab bau hangit vakum tu sedap. Kehkehkeh.. Aku tak pasti kenapa ibu mengandung harus menanggung perit kesedapan bau. Hihi..

Syukur..
Baju2 yang berlonggok dah kemas. Lepas ni suruh dia datang seminggu sekali je la. Kalau diikutkan, setakat cuci toilet, sapu dan mop lantai, lipat baju tu takde la nak ambil masa sampai 5 jam pun. Tapi.. Bergantung la. Seminggu 2 jam pun dah okay rumah tu. Yang lain aku masih kuat. Termasuklah nak kemas bilik sendiri. Risau jugak barang2 dlm bilik. Malas nk monitor sangat. Naik tangga turun tangga, kang terberanak je kt situ.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...