Tuesday, January 13, 2015

Idea Mencurah Tapi Separuh Jalan

Apabila dah berniat dan berazam nak menulis tahun ni, maka segala persiapan tahun lepas pun digali. Ada la juga daripada tak ada cuma nak peram dulu. Bila dah mula menulis, idea mencurah-curah nak tulis itu, nak tulis ini tapi sampai sekerat jalan, datang lagi pulak idea lain. Adoii.. Mulalah segala-gala jadi sekerat.

Terasa payah nak mencapai momentum menulis yang dulu tapi halangan itulah yang patut kita lawan. Alhamdulillah, ada la sikit yang sudah siap. Dugaan dari segi masa dah tak ada cuma disiplin dan komitmen menulis tu sedikit lari. Konon tak nak tidur, duduk depan TV nak menulis depan TV, selebihnya TV jadi tukang cerita. Lepas tu beralih angin masuk dalam bilik, bila dah kena sejuk, mata pulak macam ada gam.

Hehe.. Doakan perjalanan masa bersalin nanti dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...