Friday, January 2, 2015

Yeay! Dah dapat Bibik Part Time

Bibik..
Berkat mulut peramah nie.. Hehe.. Caranya senang je. Jangan cari yg pakai agent atau yg sediakan transport utk cleaner bagai tu. Nanti mahal. Dekat Malaysia ni ramai GILA orang Indonesia. Sana sini boleh tanya dan kebanyakannya takkan menolak. Selang beberapa buah rumah pun memang kerjanya mengemas rumah. Harga servis pun murah dan berbaloi. Masalahnya cantik! haha.. Aku cakap aku tak nak bibik muda dan cantik. Husband aku gelak je. Takdelah aku gurau je. Haha.. Tapi dlm hati tak nakkkkk jugak.. Kahkahkah..

Lepas tu jumpa sorang abang BOB.. Dia nie banyak contact dgn Indon. Mintak dia carikan jugak. Oh.. Bibik dia okay. Harga pun sama. Yang dekat rumah tu tak dapat awal pagi sebab kerja so aku try la bibik abang BOB nie.

Yang kelakarnya, abg BOB tu kenal muka aku je.. Nama tak kenal. Sekian lama tak nampak aku, dia jerit "Wei Kedah.. Hang mengandung ka??"

HAHAHA.. Dia punya la gelak besar.. Ces.. Engkau abg BOB!!

Akhirnya ambillah jugak bibik dari Surabaya. Tak mahal pun. Rata2 ambil rm10 utk 1 jam. Memang berbaloi. Kerja laju dan tak payah nak suruh dah. Maklumlah.. Aku ni orang kampung. Dah biasa kerja sendiri dan tak reti nak menyusahkan orang walaupun berbayar. Kalau boleh nak ikut tolong buat kerja sekali. Suami asyik suruh duduk diam2. Haha.. Tapi sempat jugakla kemas sangkar kucing dan cuci longkang belakang rumah. Bau rumah semerbak pencuci lantai. Harum je. Masa dia vakum tadi macam nak makan je vakum tu sebab bau hangit vakum tu sedap. Kehkehkeh.. Aku tak pasti kenapa ibu mengandung harus menanggung perit kesedapan bau. Hihi..

Syukur..
Baju2 yang berlonggok dah kemas. Lepas ni suruh dia datang seminggu sekali je la. Kalau diikutkan, setakat cuci toilet, sapu dan mop lantai, lipat baju tu takde la nak ambil masa sampai 5 jam pun. Tapi.. Bergantung la. Seminggu 2 jam pun dah okay rumah tu. Yang lain aku masih kuat. Termasuklah nak kemas bilik sendiri. Risau jugak barang2 dlm bilik. Malas nk monitor sangat. Naik tangga turun tangga, kang terberanak je kt situ.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...