Saturday, February 14, 2015

Sudah 21 Hari Berpantang

Hello readers.. 

Sekarang 1050pm.. Dah 3 minggu @ 21 hari di atas derai (mak mertua aku cakap berpantang tu 'di atas derai).. Hehe.. Si kecik pun dah berusia 3 minggu walaupun masih nampak kecik dan tak besar2 lagi.. 

Wahai Ukasyah,

Mamy tak pernah jaga baby tau! Tapi mamy cuba walaupun kdg2 mamy blur apa patut mamy buat untuk jaga awak. Awak dulu masa 1st week & 2nd week boleh tidur sendiri tapi skrg nie awak dah merap mamy tak nak tidur sendiri. Nak kena peluk baru awak nak tidur. Hari ni mamy mandi sekali je sebab awak tak nak lepaskan mamy. Mula2 awak pejam, bila angkat je ke tilam awak celikkan mata awak yg besar tu. Haha.. Mamy dodoikan lagi, letak dan benda yg sama lagi jadi.. Mamy terpaksa tidur dan dodoikan awak, peluk awak sampaikan mamy pun tertidur sekali dgn awak. Kerja penulisan mamy, tesis mamy yg mamy janji nk siapkan dlm masa cuti ni pun tak kesampaian. Mamy hanya sempat update blog memandangkan kejap lg awak mesti merengek. 

Cuma mamy bersyukur, awak tak kuat menangis. Kaki awak naik biji-biji bisa tu pun awak tak merengek. Awak kuat sangat! Mamy sakit kepala sebab tak mandiiiiii... Pupuk air sejuk je kat kepala nie :( Demi awak, Ukasyah.. Mamy belajar dan belajar.. Mamy harap mamy dpt jaga awak sesempurna mungkin. 


Penantian lagi 23 hari untuk selesai berpantang tapi syukur dh kuat. Boleh la nak uruskan diri sendiri dah. Urus anak cuma badan je tak kurus. Cuba untuk tak stres tapi stres jugak. Kikiki.. Nak bersosial pun dah tak ada masa. Nak habiskan kerja-kerja tertangguh ni dulu. Ok bai


Wednesday, February 11, 2015

24kg!!

Ini kak kepoh nak ceghiteeer.. Berat badan akak ni ha dek non oiii.. Dah menyebabkan akak kemurungan tahap badak berendam dah ha.. Serabut akak memikiooo..

Haduuuuuuuuuuu.. Seghabuttt!

Peningkatan berat badan dari angka 5 naik ke angka 8, dan skrg baru turun ke angka 7. Akak dah serabut.. X pernah seumur hidup mengadap angka2 begini. Dah macam ada sorang anak lagi dlm perut nie.. esok akak akan berhempas pulas dgn air halia. Ah! Tak kira.. Kena buat jugakk.. Jenuh la akak search tips2 kurussssssssss.. Seminggu bersalin, akak dh pergi gedik2 sarung baju kerja lama. Giler weh, tak leh nak pakai!! 

Akak macam nk pergi berjogging je kat tasik tun hussein tu, macam nak pergi gym, macam nak diet tapi akak menyusu. Adoii.. Akak nk mkn ubat sgt pun x boleh sebab anak akak la. Kang dia sakit lagi akak susah hati tapi akak seteghesss dik non oiii bila nengok gambar lama esp yg dh kurus tu.. 

DOA la bagi misi kuruskan bdn nie berjaya. Skrg nie akak perlu turunkan 24kg!! Kau ingat senang ke????? Kwn2 akak dh ngutuk akak gemuk, mak sedara akak siap gelak2 lagi.. Haduuuuuuuuu.. 

Akak nak menulis pun tak boleh lagi sebab baru nak biasakan rutin jadi ibu nie. Banyaknya MISI akak selepas bersalin nie. Tapi yang paling best akak memang xleh berenggang dgn si kecik tu. Jauh sikit pun dah rindu. Hehe.. Seronok benauuuu ada anak nie.. 


Friday, February 6, 2015

Part 2 : Saat-saat Bergelar Ibu

Hai.. Sambung balik Part 1 sementara tunggu mak sediakan makanan. Hehe.. Dah macam bos pulak dalam pantang ni.

.....

Sampai gas oksigen yang dah lalok tu. =)  Aku sempat lagi tanya nurse macam mana ye nak meneran sebab aku tak pandai. Dia kata jangan risau, akan diajar nanti. Setiap kali konstraksi aku sedut gas tu. Memang masa tu aku rasa macam ala-ala meneran tahi sembelit tu. Kepuasan jugak la time meneran last2 tu lepas tu konstraksi lagi. Sakit memang sakit tapi bila dah keluar rasa macam tak ingat sangat dah. 

Aku tak tahu berapa jam aku bertarung dengan konstraksi sehinggalah aku sedar-sedar nurse jerit, "ok, awak dah boleh bersalin ni.." 

Aku terpinga-pinga tapi dalam masa yang sama rasa seronok pun ada sebab aku dah nak bersalin. Berkerumun doktor dan nurse datang sambil menyuruh aku pushhhhhh... Push panjang.. OK awak pandaiii.. OK pusshhhhh.. Pushh panjang.. Yes..Yes.. Pushhhh.. Pandai..

Masa first aku nak push tu aku terjerit sebab rasa macam lalok dengan oksigen lagi. Masa tu suami aku cakap dia dah lari keluar. Haha.. Ok. Masa tu aku dah tak ingat apa-apa sebab fokus nak lahirkan anak je. 

"Penat!" 

Pushh.. Ramai-ramai jerit. Aku tarik nafas, tahan gigi dan terannnn panjang. Maklumlah kena puji pandai. Teringat pulak suami aku cakap, dia yakin aku boleh push sekali je sebab aku kuat bersukan! Haha.. Fuh! Memang tak lepas la kalau sekali.

Doktor cakap dah nampak rambut. Awak pushhhhhhhhhhh.. Semangat!! Pushhh panjanggggg..
Zrappp.. Kena gunting. Tapi tak rasa sangat sebab rasa sakit bersalin tu lagi lebih kot. 

Lepas tu rasa macam kepala baby dah keluar, bahu kot. Eh, entah.. Tapi lepas je part bahu tu, aku push last untuk keluarkan semuanya. Dan bila dah keluar sampai kaki memang bestttttt.. Panas je rasa dia keluar. 

Ok.. Part paling kelakar. Aku pernah search kalau nak teran tengok perut. Tapi masa tu aku dah tak mampu bukak mata sebab sedut oksigen tu. Aku disuruh jugak tengok perut tapi aku tak nampak perut. Nurse letak kain. Disebabkan dah suruh aku tengok perut, aku ambil kain dan lempar ke tepi sebab aku nak tengok perut! Haha.. Nurse marah aku. Nurse kata kain letak baby tu. Oh, mana la aku tau. Tadi suruh tengok perut. Kalau letak kain mana nampak perut. Nampak tak kebendulan aku di situ. Ces.. Malas nak menjawab sebab aku nak keluarkan anak je.. 

Part yang paling susah bila badan dah over weight nie, disuruh pegang buku lali tapi tangan tak berapa sampai. Kaki rasa berat. Nurse bersusah payah tolak kaki. At last, aku pegang sebelah je kaki dan sebelah lagi pegang besi katil. Alhamdulillah.. Aku mampu melahirkan seorang anak lelaki jugak.

Suami aku pun datang ambil anak dan azankan. Luka jahitan tu dijahit. Tak ada la sakit sangat pun sebab aku tengah tengok anak nangis-nangis tepi aku. Air mata tak henti-henti keluar. Tak habis-habis aku ucapkan terima kasih kat nurse dan doktor. Alhamdulillah, syukur Ya Allah swt. Pengalaman yang paling berharga aku pernah rasa seumur hidup ini.


Ok.. Sekarang dalam pantang. Bosan je duduk, tidur, makan. Hehe.. OK nanti update lagi.

Monday, February 2, 2015

Part 1 : Saat-saat Bergelar Ibu

Assalamualaikum..

Genap 10 hari berpantang, rasa kuat sikit nak update entri di blog tercinta ni. Alhamdulillah, walaupun tarikh bersalin tidak seperti yang dijangkakan, sekurang-kurangnya dapat juga tarikh yang agak cantik untuk si kecil saya.

Biodata si kecil : 

Nama : Annurafi' Ukasyah bin Anuar
Tarikh Lahir : 25.01.2015 
Jam : 4.30pm 


Gambar anak akan dimasukkan selepas habis berpantang. InsyaAllah.. 

Proses bersalin yang agak tragis dan perit untuk dilalui apabila terpaksa melalui lebih 24 jam, malah mungkin lebih 3 hari dengan bukaan 1 cm. Selepas 3 hari check up dan dijolok (VE) bagai, masih 1cm. Ditahan di wad selepas air ketuban pecah seawal jam 1030 pagi (24/1/15) dengan keadaan tidak sakit langsung. Dah air ketuban pecah, kena la pergi ke hospital jugak. 

Menurut doktor, aku harus bersalin dalam masa 24 jam kerana takut anak akan terkena jangkitan. Bukaan tetap 1cm selama 24 jam tersebut sehinggalah jam 11 malam tu doktor kata nak induce dan paksa baby keluar. Baby memang tak nak keluar! Hehe.. 

Lepas tu, dalam pukul 4 pagi 25/1/15 macam tu aku rasa konstraksi yang agak kuat. Yelah, ni first time, mana la tahu itu palsu ke tak tapi dah air ketuban pecah rasanya dah betul kot. Oh, rupa-rupanya masih bukan konstraksi sebenar. Tapi agak sakit la. Maka terus bagitau doktor. Doktor lelaki cina datang dan suruh baring untuk cek bukaan (VE). Dia punya rodok memang aku gigit tuala dan menjerit la. Lepas tu dia cakap 3cm. 

Fuyoh!! Itu pun selepas dia rodok. Aku dah macam risau takut jantung baby lemah. Tapi Alhamdulillah, baby masih kuat dan bertahan dengan kehendak Allah swt. Doktor datang jumpa aku tanya nak epidural ke tidak. Aku search maklumat dan minta pendapat kawan-kawan, katanya induce sakit. Kalau side effect pasal epidural tu rata-rata kata okay. Aku pikir balik, umur dah 30, kerana anak seorang kalau sakit sebab epidural tu takpelah, aku rela.

Lagipun kesan induce tu aku tak berani nak ambil risiko. Aku cakap nak epidural. Bukaan aku tetap juga 3cm sehingga jam 10 pagi macam tu. Aku disarankan induce dan dimasukkan ubat untuk menambah kontraksi supaya lebih kuat. Lepas tu dimasukkan pulak ubat berak dan dicucuk wayar untuk mengeluarkan air kencing. Ini sakit!

Masa tu aku dihantar ke first stage, tempat sebelum ditolak masuk ke labour room. Suami dapat keistimewaan boleh masuk bilik ni sebab takde patient lain lagi. Masa nie agak kuat konstraksi sampaikan aku dah tak mampu nak bertahan. Bukaan masih 3cm. 

Punya la tunggu pakar bius untuk cucuk epidural, lama giler tunggu sebab dia tengah berhempas pulas dengan pesakit lain yang melakukan pembedahan (Cesarean). 

Selepas dicucuk, aku dah senyum. Memang tak terkata nikmatnya apabila menerima epidural. Serius pun! Suami pun nampak lega tengok aku senyum. Lepas tu ditolak masuk ke labour room, aku tidur dengan membiarkan perut didatangi konstaksi yang langsung aku tak rasa. Haha.. Ok.. Aku gelak.

Sehinggalah satu masa, aku terkejut. Kenapa aku rasa konstraksi yang agak kuat lagi???? Baru cucuk epidural!! Aku dah cakap dengan suami tolong panggil doktor sebab aku sakit sangat. Memang aku rasa nak marah. Sakit gila!! 

Doktor pun ambil masa yang agak lama untuk sampai dan masukkan dos epidural. Langsung tak beri kesan. Doktor risau takut masa aku ditransfer ke bilik LR tu, wayar tercabut. Dia kata nak cucuk lain. Aku redha. Aku nak sangat. Nak sangat sebab aku tak tahan sakit. Lepas tu nurse datang jumpa aku. 

"Ada rasa nak terberak tak?" Dia asyik tanya benda ni je sedangkan aku sakit gila. Aku jerit takkkkkk!! Aku sakit kat perut. Nurse dan doktor pun terkejut. Maklumlah aku kalau sakit dah memang tak hairan. Lepas tu, nurse kata nak cek bukaan. Sekali 7cm! Memang tak boleh tambah epidural. Selalunya epidural dimasukkan sebelum 4cm. Kalau dah lepas 4cm, tak digalakkan takut nanti masa nak meneran tak rasa.

Lepas tu aku menangis. Suami aku dah memang tak keruan. Masuk sabarkan aku. Tenangkan aku. Lepas tu dia cakap dia tak boleh nak temankan aku di LR nanti. Aku faham. Dia tak sanggup tengok aku sakit. Aku masa tu dah pakai oksigen setiap kali konstraksi datang. Ya Allah, saat paling menyakitkan ialah saat konstraksi!! 

Aku tak sedar sangat dah masa tu. Lalok sebab gas yang aku sedut tu. Masa tu aku tahan rasa macam tahi keras nak keluar. Oh, baru aku paham kenapa nurse tanya aku nak beranak ke tidak.


Adeh!! Penat taip.. Sambung nantilah.. Hehe.. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...