Monday, February 2, 2015

Part 1 : Saat-saat Bergelar Ibu

Assalamualaikum..

Genap 10 hari berpantang, rasa kuat sikit nak update entri di blog tercinta ni. Alhamdulillah, walaupun tarikh bersalin tidak seperti yang dijangkakan, sekurang-kurangnya dapat juga tarikh yang agak cantik untuk si kecil saya.

Biodata si kecil : 

Nama : Annurafi' Ukasyah bin Anuar
Tarikh Lahir : 25.01.2015 
Jam : 4.30pm 


Gambar anak akan dimasukkan selepas habis berpantang. InsyaAllah.. 

Proses bersalin yang agak tragis dan perit untuk dilalui apabila terpaksa melalui lebih 24 jam, malah mungkin lebih 3 hari dengan bukaan 1 cm. Selepas 3 hari check up dan dijolok (VE) bagai, masih 1cm. Ditahan di wad selepas air ketuban pecah seawal jam 1030 pagi (24/1/15) dengan keadaan tidak sakit langsung. Dah air ketuban pecah, kena la pergi ke hospital jugak. 

Menurut doktor, aku harus bersalin dalam masa 24 jam kerana takut anak akan terkena jangkitan. Bukaan tetap 1cm selama 24 jam tersebut sehinggalah jam 11 malam tu doktor kata nak induce dan paksa baby keluar. Baby memang tak nak keluar! Hehe.. 

Lepas tu, dalam pukul 4 pagi 25/1/15 macam tu aku rasa konstraksi yang agak kuat. Yelah, ni first time, mana la tahu itu palsu ke tak tapi dah air ketuban pecah rasanya dah betul kot. Oh, rupa-rupanya masih bukan konstraksi sebenar. Tapi agak sakit la. Maka terus bagitau doktor. Doktor lelaki cina datang dan suruh baring untuk cek bukaan (VE). Dia punya rodok memang aku gigit tuala dan menjerit la. Lepas tu dia cakap 3cm. 

Fuyoh!! Itu pun selepas dia rodok. Aku dah macam risau takut jantung baby lemah. Tapi Alhamdulillah, baby masih kuat dan bertahan dengan kehendak Allah swt. Doktor datang jumpa aku tanya nak epidural ke tidak. Aku search maklumat dan minta pendapat kawan-kawan, katanya induce sakit. Kalau side effect pasal epidural tu rata-rata kata okay. Aku pikir balik, umur dah 30, kerana anak seorang kalau sakit sebab epidural tu takpelah, aku rela.

Lagipun kesan induce tu aku tak berani nak ambil risiko. Aku cakap nak epidural. Bukaan aku tetap juga 3cm sehingga jam 10 pagi macam tu. Aku disarankan induce dan dimasukkan ubat untuk menambah kontraksi supaya lebih kuat. Lepas tu dimasukkan pulak ubat berak dan dicucuk wayar untuk mengeluarkan air kencing. Ini sakit!

Masa tu aku dihantar ke first stage, tempat sebelum ditolak masuk ke labour room. Suami dapat keistimewaan boleh masuk bilik ni sebab takde patient lain lagi. Masa nie agak kuat konstraksi sampaikan aku dah tak mampu nak bertahan. Bukaan masih 3cm. 

Punya la tunggu pakar bius untuk cucuk epidural, lama giler tunggu sebab dia tengah berhempas pulas dengan pesakit lain yang melakukan pembedahan (Cesarean). 

Selepas dicucuk, aku dah senyum. Memang tak terkata nikmatnya apabila menerima epidural. Serius pun! Suami pun nampak lega tengok aku senyum. Lepas tu ditolak masuk ke labour room, aku tidur dengan membiarkan perut didatangi konstaksi yang langsung aku tak rasa. Haha.. Ok.. Aku gelak.

Sehinggalah satu masa, aku terkejut. Kenapa aku rasa konstraksi yang agak kuat lagi???? Baru cucuk epidural!! Aku dah cakap dengan suami tolong panggil doktor sebab aku sakit sangat. Memang aku rasa nak marah. Sakit gila!! 

Doktor pun ambil masa yang agak lama untuk sampai dan masukkan dos epidural. Langsung tak beri kesan. Doktor risau takut masa aku ditransfer ke bilik LR tu, wayar tercabut. Dia kata nak cucuk lain. Aku redha. Aku nak sangat. Nak sangat sebab aku tak tahan sakit. Lepas tu nurse datang jumpa aku. 

"Ada rasa nak terberak tak?" Dia asyik tanya benda ni je sedangkan aku sakit gila. Aku jerit takkkkkk!! Aku sakit kat perut. Nurse dan doktor pun terkejut. Maklumlah aku kalau sakit dah memang tak hairan. Lepas tu, nurse kata nak cek bukaan. Sekali 7cm! Memang tak boleh tambah epidural. Selalunya epidural dimasukkan sebelum 4cm. Kalau dah lepas 4cm, tak digalakkan takut nanti masa nak meneran tak rasa.

Lepas tu aku menangis. Suami aku dah memang tak keruan. Masuk sabarkan aku. Tenangkan aku. Lepas tu dia cakap dia tak boleh nak temankan aku di LR nanti. Aku faham. Dia tak sanggup tengok aku sakit. Aku masa tu dah pakai oksigen setiap kali konstraksi datang. Ya Allah, saat paling menyakitkan ialah saat konstraksi!! 

Aku tak sedar sangat dah masa tu. Lalok sebab gas yang aku sedut tu. Masa tu aku tahan rasa macam tahi keras nak keluar. Oh, baru aku paham kenapa nurse tanya aku nak beranak ke tidak.


Adeh!! Penat taip.. Sambung nantilah.. Hehe.. 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...