Tuesday, March 24, 2015

Pak Mak Siam

Dah siap menulis untuk malam ni, rasanya gian lagi nak menulis. Teringat kisah yang agak lucu di pekan Siam baru-baru ni. Lepas je pantang sehari tu, aku dah plan macam-macam. First, aku ajak suami pergi Thai. Teringin nak makan kat satu kedai tu, lepas tu nak beli barang-barang rumah. Memang murah tapi ruginya masa tu duit Siam tinggi, jadi kalau beli barang rm4.30, kena bayar rm5.00.

Pergi la cari senduk seringgit, itu dua ringgit dan bla-bla-bla. Dudu dah hilang arah dah tengok barang murah-murah. Sana sini dia kaut. Hehe.. Anak ? Tinggal je kat mak. Kehkehkeh.. Kami dating dengan senang hati sambil melepaskan hajat nak minum teh ais. 

Lepas cari barang rumah, pergi pulak ke satu kedai pemborong. Cari sabun mandi dan cuci mata. Masa nak balik si suami ni teringin sangat helmet siam tu. Alang-alang dia beli satu, aku ambil kesempatan suruh dia belanja satu. Hehe.. Dapatlah meronggeng ke tempat kerja dengan helmet pelik di Kolompo! Hehe.. Harga memang murah! 

Singgah ke satu kedai barang yang harga bawah sepuluh ringgit. Dulu meriah dengan macam-macam. Masa aku pergi tu, mak aiii... macam nak bankrap pun ada. Ala. potong stim. Lepas tu, dah hajat nak balik. Dudu nampak kedai kasut bundle. Dia kata nak tengok Converse. Ha.. Jomlah! Malu-malu pulak.. Hehe.. Maklumlah aku ni pun jenis melayan bundle jugak dulu. Tapi setiap kali masuk je badan ke muka ke mesti gatal-gatal. Bukan berlagak tapi entah dah jadi puteri raja pulak. Mengada pulak kulit ni. 

Singgah ke satu kedai aku nampak dia keluar. Aku masa tu pergi beli air kat satu kedai. Sempat lagi mamat siam tu mengayat siam. Haha.. Aku senyum je, alih-alih laki aku panggil. Terkedu la kejap mamat siam tersebut. Ecewah.. Aku baru je lepas pantang sehari. Perut pun buncit lagi. Haha..

Kami ke satu kedai lagi. Tanya tidak soal tidak dia ajak balik. Aku faham sangatlah. Dia nie bukan mahu sangat bertanya-tanya ni padahal nakkk.. Aku pun dengan ramahnya bertanya, dan nahaiii.. satu kedai jual Converse kat sebelah kedai tu. Kemainn lagi laki aku meluruuuuu.. hehe..

Sembang punya sembang jumpa la yang berkenan di hati, Pompuan Siam yang jaga kedai tu tanya, adik tak mau ke? Eh.. Bukan tak mau tapi buat masa sekarang, badan sekarang macam tak sesuai pakai Converse. Maklumlah nak layan seluar kaki kecik. Kikiki.. Sabar ye badan. Nanti kita rock. Anak sorang je kot, bukan sepuluh.

Mulalah agenda tawar menawar. RM55 nak mintak jadi rm50 pun tak lepas. Dah habis bodek dah. Kalau ikut aku tak nak aku tapi dah laki berkenan separuh nyawa, over tak? ... Ambik je la.. Dalam  dia dok try kasut tu, pompuan tu tanya aku, "adik ni ada pak mak siam ka?" 

Aku tak tahu nak mengaku macam mana, yang aku tau cina india sikit-sikit ada la. Siam tak tau pulak. Aku iya iya je la sebab aku pikir kot boleh dapat murah kan. Hasilnya? Takdenyerr.. Harga RM55 tambah duit Malaysia dalam rm10. Adoi.. Sabar je la.

Masa tengah bayar, pompuan ni panggil kawan dia. Jerit-jerit lagi kot! 

"Ni pak mak dia Siam!" Eh hamboiiii.. Haha aku macam nak gelak je. Laki aku dah tengok aku pelik. Bila masa pulak pak mak aku siam. Haha.. Tapi dah biasa sangat. Bak kata kakak tu, muka aku ni macam Siam. Lantak hang la kak oiii.. 


OK tu je.. 

Monday, March 23, 2015

Hai, Kak Linda!

Tajuk entri macam meraikan seseorang. Haha.. Memang pun! Pembaca blog tegar.. Tak sangka. Balik kenduri Kasya hari tu baru tau. Oh, patutlah. Malu pulak. Ok, readers.. Kak Linda ni cousin aku. Suara comel, orang pun comel. Maklumlah cousin aku. Haha.. Gurauan malam. 

Bercerita pasal blog mlog nie, aku rasa blog ni kawan aku. Tempat aku meluah serba serbi. Ada masa aku rasa berilmiah sangat, maka corak penulisan aku macam profesor. Hehe.. Bila aku rasa nak santai, maka corak penulisan aku macam-macam la jadinya. Kejap makcik rock, kejap gangster, kejap solehah, banyaklah kejapnya.. =)

Btw, dah tajuk pun Kak Linda, nak cerita lebih-lebih pun takut kena sama dek kak Linda. Kikiki.. Kirim salam kat si kecik tu ye. Special takkkk? hehe.. Muahhh.. 

** Terima kasih kak Linda !

Sunday, March 22, 2015

Pengasuh Kasya

Bukan senang nak mula kerja. Perkara paling menggerunkan apabila terpaksa meninggalkan anak tersayang. Dah la nak dapat sorang pun susah. Balik rumah dengan niat nak hubungi je bini-bini orang yang takde kerja. Alhamdulillah.. Sekali tanya je dah jumpa. Syukur Alhamdulillah.. Orang yang kita kenal lebih membuatkan kita yakin nak tinggal anak kita. Nak masuk kerja pun tenang.

Memang aku tak nak hantar nursery, takut sangat! Tapi kalau terpaksa aku anggap itu pilihan terakhir. Aku sanggup korbankan separuh daripada gaji aku untuk Kasya. Ingat nak cari orang jaga Kasya di rumah, tapi Allah swt tu faham keadaan kami dan Dia dah aturkan seorang pengasuh utk Kasya.

Aku risau sangat dgn kes yang banyak di nursery tu. Seram. Anak-anak akan dibiarkan sehingga cukup jam barulah ditengoknya anak kita. Kalau baby macam Kasya nie lagi la. Baby yg boleh merangkak dibiar je naik atas badan baby yg masih baby. Eh betul ke ayat aku? Hihi maksudnya baby 2-7 bulan camtu la.

Seram kan? Malah bila baca je pengalaman orang lain, aku takut aku pun ter...melawat pada time yg terrr..jadi benda yang tak sepatutnya. Memang kecoh la! Anak kot..

Tuesday, March 17, 2015

Musim Panas


Assalamualaikum... Ala mak ai.. Sopannya, anak saper la tu! Entri selepas anak manja tidur, rasa nak mengadu sikit. Maklumlah emaknya pun manja jugak. Kah kah kah.. Katanya musim panas melampau-lampau sekarang ni. Baru je sampai 22 jam yang lalu dari bumi kayangan. Memang panas. Sejam tu rasa lama sangat nak harungi panas. Masa kat sana dah rasa bahang nak demam. Dah sakit tekak. Balik sini rasanya makin teruk. Macam ada kuota dah kat tekak ni, cakap sikit dehem lebih. Hehe.. Eh, perlu ke gelak.. Ok, kembang hidung sekejap. 

Sibuk dok kembang hidung, teringat rezeki Allah swt aturkan untuk kami sekeluarga. Pak Andam alias suamiku, dijemput untuk membuat meja pengantin utk 2 buah rumah. Gambarnya ada tapi di HP. Nantilah upload tapi memang santekkkk! Hehe.. Rezeki anak namanya. So, balik KL ada la modal lebih sikit. 

Kasya pulak sekarang nie dah ada akal baru. Tak nak dia tidur dalam buaian. Nak peluk-peluk.. Tidur atas katil. Manja betul. Risau la kita nie nak hantar kat pengasuh takut dia meragam. Tapi tiap kali dia tidur, dah bagi nasihat dah hehe.. Harap-harap dia faham mamy dia nak pergi kerja. 

Pengasuh baru nak cari. Dah rezeki Kasya lagi, ada dah pengasuh yang sudi mengasuh Kasya. Hehe.. Alhamdulillah.. Tak ada la mamy risau. Boleh la kusyuk sikit mamy kerja. Maklumlah nak bela awak jugak kan. 

Sebenarnya tadi mood menulis meluap, sekali ada orang mai rumah.. Sembang-sembang.. Terus mood tu bertukar jadi mood tidur. Kehkehkeh.. 

Thursday, March 12, 2015

Pantang Selepas Pantang

Masih dalam mood mesra di kampung. My baby boy dah besar dan bulat. Dagu pun dah double line. Hehe.. Jangan potong.. Jangan potong.. Nanti kena saman. Biar Kasya je double line.

Dok kampung nie biasa la, salah sikit kena jerit. Itu tak boleh, ini tak boleh. Aku pulak jenis yang tak boleh tu yang nak buat sangat. Hehe.. Tapi dalam pantang, lekat pantang. Lepas pantang dah jamah burger. Itu pun Dudu siap pesan, jangan makan kubis dengan timun. Hmm okay.. Ingat. Turun nak ambil burger, kakak tu cerita Dudu pesan pulak kat depa. Haha.. Suwiit sangat awokkk nie.. Suami saya ni lagi la jenis yg lekat pantang. Walaupun dia tak berpantang.

Dok Cheras dah berurut 3 hari. Balik sini berurut lagi. Siap masukkan sarang batu meroyan ke tempat dia. Bak kata tukang urut, nak bagi dia mengeram elok. Takut jatuh gamaknya. Sakit sikit je. Yang aku pelik, orang lain berpantang orang lain meroyan. Agaknya batu dia merewang kot. =)

Badan dah susut sikit. Tapi belum capai berat masa sebelum pregnant. Jauh perjalanan. Malahannnnn.. Hehe.. Ada perut yg serupa jelly show off. Walaweh.. Manyak susah hati. Adik asyik perli je, dia cakap jalan badan sudah la.. Perut jangan jalan sekali! Pedih bak hiang..

Sikit masa lagi nak balik rumah nak uruskan badan bagi sweet. Mana tau kot Kasya dapat adik cepat! Haha.. Memang takk la. Daddy dgn mummy nak honeymoon dulu, nak bagi abg Kasya besar dulu baru adik keluar okay.. Bagi mamy pasang badan jap.. Shiann abg Kasya nanti.

Okla.. Nak mandi sebab Perlis panas giloooo! Tak tahan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...