Tuesday, March 17, 2015

Musim Panas


Assalamualaikum... Ala mak ai.. Sopannya, anak saper la tu! Entri selepas anak manja tidur, rasa nak mengadu sikit. Maklumlah emaknya pun manja jugak. Kah kah kah.. Katanya musim panas melampau-lampau sekarang ni. Baru je sampai 22 jam yang lalu dari bumi kayangan. Memang panas. Sejam tu rasa lama sangat nak harungi panas. Masa kat sana dah rasa bahang nak demam. Dah sakit tekak. Balik sini rasanya makin teruk. Macam ada kuota dah kat tekak ni, cakap sikit dehem lebih. Hehe.. Eh, perlu ke gelak.. Ok, kembang hidung sekejap. 

Sibuk dok kembang hidung, teringat rezeki Allah swt aturkan untuk kami sekeluarga. Pak Andam alias suamiku, dijemput untuk membuat meja pengantin utk 2 buah rumah. Gambarnya ada tapi di HP. Nantilah upload tapi memang santekkkk! Hehe.. Rezeki anak namanya. So, balik KL ada la modal lebih sikit. 

Kasya pulak sekarang nie dah ada akal baru. Tak nak dia tidur dalam buaian. Nak peluk-peluk.. Tidur atas katil. Manja betul. Risau la kita nie nak hantar kat pengasuh takut dia meragam. Tapi tiap kali dia tidur, dah bagi nasihat dah hehe.. Harap-harap dia faham mamy dia nak pergi kerja. 

Pengasuh baru nak cari. Dah rezeki Kasya lagi, ada dah pengasuh yang sudi mengasuh Kasya. Hehe.. Alhamdulillah.. Tak ada la mamy risau. Boleh la kusyuk sikit mamy kerja. Maklumlah nak bela awak jugak kan. 

Sebenarnya tadi mood menulis meluap, sekali ada orang mai rumah.. Sembang-sembang.. Terus mood tu bertukar jadi mood tidur. Kehkehkeh.. 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...