Thursday, March 12, 2015

Pantang Selepas Pantang

Masih dalam mood mesra di kampung. My baby boy dah besar dan bulat. Dagu pun dah double line. Hehe.. Jangan potong.. Jangan potong.. Nanti kena saman. Biar Kasya je double line.

Dok kampung nie biasa la, salah sikit kena jerit. Itu tak boleh, ini tak boleh. Aku pulak jenis yang tak boleh tu yang nak buat sangat. Hehe.. Tapi dalam pantang, lekat pantang. Lepas pantang dah jamah burger. Itu pun Dudu siap pesan, jangan makan kubis dengan timun. Hmm okay.. Ingat. Turun nak ambil burger, kakak tu cerita Dudu pesan pulak kat depa. Haha.. Suwiit sangat awokkk nie.. Suami saya ni lagi la jenis yg lekat pantang. Walaupun dia tak berpantang.

Dok Cheras dah berurut 3 hari. Balik sini berurut lagi. Siap masukkan sarang batu meroyan ke tempat dia. Bak kata tukang urut, nak bagi dia mengeram elok. Takut jatuh gamaknya. Sakit sikit je. Yang aku pelik, orang lain berpantang orang lain meroyan. Agaknya batu dia merewang kot. =)

Badan dah susut sikit. Tapi belum capai berat masa sebelum pregnant. Jauh perjalanan. Malahannnnn.. Hehe.. Ada perut yg serupa jelly show off. Walaweh.. Manyak susah hati. Adik asyik perli je, dia cakap jalan badan sudah la.. Perut jangan jalan sekali! Pedih bak hiang..

Sikit masa lagi nak balik rumah nak uruskan badan bagi sweet. Mana tau kot Kasya dapat adik cepat! Haha.. Memang takk la. Daddy dgn mummy nak honeymoon dulu, nak bagi abg Kasya besar dulu baru adik keluar okay.. Bagi mamy pasang badan jap.. Shiann abg Kasya nanti.

Okla.. Nak mandi sebab Perlis panas giloooo! Tak tahan..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...