Monday, August 31, 2015

Cerita Lebih Kurang

Hari ni tertinggal hp kat rumah. Ayooo!!
Curi masa sikit. Update lebih kurang.

1. Merdeka 
- Entah. Rasa jiwa tak tenang sebab banyak sangat benda berlaku dalam negara. Ada anak, terfikir pasal nasib anak. Lebih baik tukar daripada berterusan dibenci. Apapun bersyukur kpd Allah swt. Terima kasih pejuang-pejuang dahulu yang IKHLAS membebaskan negara. 

2. Tesis
- Mengambil peluang berjumpa dengan Supervisor. Lepas taip nie nak taip tesis pulak. Jumpa Nad, ambil semangat sikit. Hembus aura cepat jodoh. Haha.. 2 minggu lagi nak hantar sikit. Alahai, nasib baik semester break. 

3. Kasya
- Demam. Dah okay selepas 2 hari. Malam-malam merengek sebab tak selesa. Pergi beli penyedut hingus. Sedut buang sedut buang. Dah makin kurang. Panas badan pun dah kurang sebab asyik mandikan dia. Susukan sepanjang hari. Lawan balik demam tu. Tadi, macam keluar darah kat hidung. Panas gamaknya.


4. Famili
- Alhamdulillah. So far okay. Kasya dah mula kenal orang. Kalau daddy dia pakai ray ban mesti tak nak senyum. Muka ketat habis. Tak kenal. Buat lawak pun kau jangan harap aku nak gelak. Balik rumah, naik atas katil dalam bilik, habislah! Itulah Kasya yang sebenar. 

Aku kalau tidur, konon-konon nak sambung lagi.. Memang tak la. Kasya dah bangun automatik aku pun kena bangun. Tak boleh biar dah. Jatuh katil. Tertonggeng. Makan itu makan ini. Oh, bahaya. 

Ok. 

Thursday, August 27, 2015

Pengasuh oh Pengasuh

Eh, panas pulak hati!
Tengok moment wechat budak tu dah jadi viral.
Siap snap gambar budak kecik tengah nangis, maki macam-macam!
Hai, saat ni aku tengah bayangkan kalau benda tu jadi kat aku..
Memang lembik aku kerjakan budak tu.
Hang tak beranak hang tak rasa.
Sedangkan handphone pun hang sayang.
Inikan darah daging.
Apa aku boleh cakap, orang sentuh aku, buat aku, 'mungkin' aku boleh sabar lagi.
Orang sentuh anak aku, sakit dia, hang tau nasib hang.
Naik gila, sekali taska tu aku bakar.

Mujur nasib Kasya dapat pengasuh baik. Alhamdulillah. Tu saja aku mampu cakap. Semua tu dari Allah swt untuk dia. Pengasuh pertama pindah, pengasuh kedua balik kampung, pengasuh ketiga semoga berkekalan. Kita kongsi rezeki. InsyaAllah.


Saturday, August 22, 2015

Kesiannya Manusia nie..

Sesudah aku dijadikan idola.
Banyak rentak gaya aku ditiru.
Jadilah diri sendiri.
Banyak cara lagi.
Lebih kreatif dan inovatif.
Itupun dengan cara tersendiri.

Kesian.

Thursday, August 20, 2015

Marah!

Aku rasa aku menulis blog nie dengan perasaan marah dan geram. Jadi kalau ada terkasar bahasa tu faham-fahamlah. 

Seram sejuk je badan nak menulis. Serius aku memang kalau tak puas hati dengan orang, tembak pun aku tembak. Hampa bagi aku sakit hati, hampa mai nak buat baik dengan aku. Hampa rasa gena? Tolong jangan salah orang. Sungguhpun aku nie dah berubah banyak, adakala angin setan aku mai jugak!

Selagi aku tak puas hati, aku dok pegang 'bara' tu. Macam mana, apa jadi, hampa tunggu dan lihat saja. Cakap banyak pun tak guna. Rasa nak rejam muka hang ke tar jalan. Hampa main la dengan aku. Cer hang jengoi muka kerap sikit. Tunggu masa ja. 

Thursday, August 13, 2015

Aku Merempit

Sementara masih berkobar-kobar perasaan syok naik motor aku nak menghebahkannya di sini.
Satu hari, aku baca mesti seronok dan tergelak-gelak.

Somi sibuk minggu ni. PD Genting Kl merata-rata dia pi.
Aku? Dia masih hantar pagi-pagi walaupun tak cukup tidur. Semalam dia tak sempat nak lari ambil aku. Terpening sekejap!

Nak balik lagu mana?
Nak naik train? Dah lama tak naik. Malas nak berfikir pasal train.
Nak naik bas? Aku tak tau nombor bas. Salah bas!
Nak naik teksi. Yup! Itu cara terakhir.
Tapi harganya boleh tahan. Melebihi sebelah jari. Tampor baru dia tau. Mahal sangat. Tapi tu la satu-satu jalan terkahir.

Tengok-tengok marka call. Dia kata dia mai ambik. Dia kenal sangat la aku macam mana. Mesti nangis punya. Haha.. Aku part lasak ganas aku tak nangis. Part jalan memang aku nangis. Sama macam aku sesat nak pi cari rumah dia dulu. Hehe.. Nasib baik marka stail expert bab-bab jalan. Kes tu la yang dok sedia geng dengan dia.

Hajat hati pagi tadi nak naik kereta. Konon nak bangun awal nak gerak awal elak jalan jam. Sekali tengok Kasya macam sedih pulak nak tinggal awal-awal. Serius. Aku kuatkan semangat je. Call husband. Hari ni naik motor. Dia kata kan, kalau naik motor nanti boleh beli motor. Yeay!!

Mula-mula tak konfiden. Lepas 1 km macam tu, dah mula la naik aura remaja aku. Haha.. Remmm.. Remmm..

Orang ushar aku ke aku perasan? Tak. Aku tak perasan. Sebab ekzos kuat. Tu motor abang marka aku. Hoho.. Parking? Aku tak tau nak parking mana. Kebetulan, masa aku sedang melewati area Times Square aku nampak sorang abang tu masuk ke arah tu. Aku follow. Sampai ke tempat parking.

Nak naik office? Aku pening. Nie level berapa.. Aku berbekalkan keramahan dan muka kering, "abang, nie level berapa?"
"M"
"Aik, macam mana saya nak pergi ke level 11?"
"West ke east?"
"West."
"Kena jalan sikit."

Aku follow je abang tu. Dah siap kekuda kot-kot diapa-apakan. Haha.. kononlah.

Sampai 9 aku usha. Aku di mana? Aku di mana?

Aku jalan. Dan akhirnya menemui tempat-tempat yang aku selalu lalu.

Ok selamat.

Hehe.. Husband mesej tanya. Dah gerak ke? Risau la tu. Hehe.. Ish tak sabar nak balik cerita keseronokan menjadi rempit tua nie. Huahua..

Tuesday, August 11, 2015

Apa Nak Jadi??



"kejatuhan mata wang negara (ringgit) baik utk sektor pelancongan negara"

"kejatuhan ringgit bagus sbb rakyat malaysia akan membeli barangan tempatan"



Sekian banyak perkara yang diejek di media sosial, para menteri masih lagi berani mengeluarkan statement yang agak kurang cerdik atau bahasa kasarnya, bodoh.


Negara Malaysia sudah membangun. Negara kita telah mengeluarkan ramai graduan yang bijaksana, generasi pewaris yang celik huruf, celik IT dan mempunyai tahap kemahiran berfikir yang kreatif dan kritis. Apakah yang sedang dilakukan oleh para menteri? Sedang memperbodoh rakyat atau sedang memperbodoh diri sendiri?


Aku cakap berdasarkan apa yang aku lihat dari hari ke hari. Yang aku petik tu yang terbaharu. Yang menjadi bualan sinis di media sosial.


Sebaik-baiknya, berilah pendapat atau mungkin sedikit harapan atau mungkin sedikit kesungguhan untuk menaikkan kembali mata wang negara. Jangan sampai mata wang negara ibarat daun kering. Kalau dah cukup selesa dengan kemerdekaan yang baru 58 tahun ini pun janganlah lupa untuk memikirkan generasi baharu yang kakinya masih sebesar telapak tangan.


Kalau tak berfikir, maknanya anda seorang manusia yang mementingkan diri sendiri.

Monday, August 10, 2015

Rayooo lagi!!

Hari ni bawak baju bagi Mei Lin.
Sambut raya lagi.
Sekali tengok Mei Lin, amboi...
Kurusnya.
Mula nak perasan.
Oh, kurus giler aku dulu.
Huahuahuahua..


Aku?
Pakai baju raya yang tak dibawa balik.
Tertinggal kat rumah.
Balik raya pakai jubah hijau.
Jubah sedondon katanya.
Suami anak hijau belaka.
Lepas tu terpaksa beli baju kurung lain.
Bidan terjun punya baju.
Saiz S.
Aku suka.
Tapi hari ini nak melaram.
Baju yang tertinggal tu la yang aku sarung.
Nampak lip lap!

Semalam.
Buat pizza.
Fuyoh..
Menjadi.
Walaupun tak cantik sangat.
Topping tak cukup.
Alah, nak cuba buat saja.
Dah jadi dok diam-diam.

Ok. Nak marking. Baiiiii..

Sunday, August 9, 2015

Saya Orang November

Pagi-pagi yang hening
Disinggahi kerja yang sarat
Melepas lelah keluh kesah
Dengan cara yang begini
Entah kau suka
Atau tidak
Tapi aku suka.

Titik.



NOVEMBER

banyak idea dalam perkara ü
sukar utk dimengertikan atau difahami sikapnya ü
berfikiran kehadapan ü
berfikiran unik dan bijak ü
penuh dgn idea-idea baru yg luar biasa ü
pemikiran yg tajam ü
daya firasat yg sgt halus dan tinggi ü
bagus utk jadi doktor x
cermat dan teliti ü
personaliti dinamikü
sifat yg berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia üüü
banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra üüü
berani, pemurah setia dan byk kesabaran üü
terlalu degil dan keras hati üüü
apabila hendak. diusahakan sehingga berjayaüü
taksuka marah kecuali digugatüü
mudah ambil berat terhadap orang lain üü
pandai muhasabah diri üü
cara berfikir lain dari org lain ü
otak yg sangat tajamü
pandai mendorong diri sendiriüü
tidak hargai pujianüü
kekuatan semangat dan daya juang yg sgt tinggi dan apabila hendak sesuatuü
cuba sampai berjayaü
badan yg toughüüü
kasih sayang dan emosi yang sangat mendalamüü
romantikü
tidak pasti dgn hubungan kasih sayangüü
suka duduk di rumahüüü
sangat rajin dan berkemampuan tinggiü
amanah, jujur setia dan pandai berahsia üü
tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi üü
bercita-cita tinggi üüü
perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah üüü

Tak sabarnya menanti November 

Saturday, August 8, 2015

Apa Erti Anak

Anak.

Kalau orang tanya aku, tak nak join program nie ke?
Aku nak..
Tanya hari.
Tanya masa.
Aku senyum.
Aku balas, tak boleh.
Kenapa?
Anak!

Aku tunggu dia bertahun-tahun.
Aku dah hampir putus asa.
Akhirnya, Alah swt kurniakan dia.

Walaupun aku tak pernah tahu menjaga budak kecil.
Tapi...
Aku belajar.
Aku buat-buat konfiden.
Anugerah semua tu.
Automatik kita akan jadi tahu.

Aku kerja Isnin sampai Jumaat.
Kadang-kadang demi nak dapat Replacemet Leave, aku kerja Sabtu.
Malam-malam aku duduk dengan Kasya.
Sepatutnya masa tu aku boleh pergi gym.
Kuruskan badan.
Aku tak pergi.
Aku diet sendiri.
Badan kena jaga.
Untuk suami.
Untuk diri sendiri.
Badan gemuk, tahap keyakinan pun jatuh.

Oh, what ever!
Nak cerita pasal anak.

Happy?
Giler tak happy!!
Comel ke tak comel ke..
Dia anak.
Tentunya comel di mata seorang ibu.

Habis duit untuk dia.
Memang pun.
Teruja sebab boleh beranak.
Sedangkan sebelum ini aku ingat ...
Hmmm..
Susah digambarkan perasaan aku.
Aku belajar terima hakikat.
Bahawa aku tak mampu memberi zuriat.
Rupa-rupanya tidak.
Aku mampu.
Mungkin ada hikmah.

Pernah aku tanya suami.
Kalau aku tak mampu?
Dia jawab, kita ambil anak angkat.
Dia tak kisah.
Terkedu.
Tak sangka.
Tapi syukur.
Tuhan dengar doa aku.
Aku nak anak.

Alhamdulillah.
Aku rasa perit nak beranak.
Aku rasa saat menyusukan dia.
Aku rasa kemanisan wajah dia.
Walau penat.
Walau demam.
Aku tetap bersemangat demi anak.

Suami.

Terima kasih.

Allah swt..
Aku bersyukur tidak terhingga.
Murahkanlah rezeki kami.
Berilah kami peluang untuk membesarkan Kasya menjadi sebaik-baik umatmu.

Amin.

Thursday, August 6, 2015

Perangai Kasya 6 Bulan

Apa Kasya boleh buat sekarang?

  • Dah belajar duduk tapi kejap-kejap tumbang. Tetap juga nak berlagak macam orang besar-besar
  • Berat 8 kg lebih tapi tak nampak gemuk. Isi mantoppp dan padat. 
  • Rambut asyik panjang je. Cepat giler panjang. Macam sama je dgn mamydady.
  • Dah makan berat-berat. Memang berselera la tengok dia makan. Ini aku happy. Hehe.. 
  • Dari kecik sampai besar, tiap-tiap malam sebelum tidur dia dah tahu akan ada dengan dia. So, aku memang takkan ke mana-mana la waktu malam melainkan bawak dia. 
  • Gedik bila dengar lagu-lagu dari Chu Chu TV
  • Boleh membebel huruf b, m dan ada jugak bunyi h di belakang
  • Menyembur air liur sampai rambut aku asyik luruh je. Takpe rambut banyak. Semburlah dik..
  • Oh, dia dah kenal. Geng untuk main tu mestilah daddy dia. Geng untuk tidur dan manja tu mamy dia. 
  • Dah merangkak slow-slow. Kadang-kadang tertonggeng, kadang-kadang jatuh. Hoho.. Dia gelak je walaupun kedekukkk bunyinya. Memang lasak budak ni. 
  • Suka tengok bola.
  • Suka dengar azan.
  • Suka tengok hp. Esp selfie. Sebab nampak muka sendiri. 
  • Bila siang ada terperasan jugak yang dia sangat mudah dijaga dan pandai bawak diri. Bagi susu, cabut susu, tepuk sikit dah tidur. Malam-malam susah. Kena peluk-peluk. Mungkin dia tau siang tu bukan mamy dia. So tak perlu nak mengada-ngada. hehe.. 
  • Semalam mimpi dia dah boleh jalan! Hai.. bilalah agaknya. 
Ok.. 

Rooney hilang dah 4 hari. Sedihnyaa!!!

Menulis ke Menyolek?

Semenjak aku kenal berus make up nie, rajin pulak nak cari muka orang conteng-conteng. Masih banyak kena belajar. Aku akui aku bukan 'minat' sangat. Saja nak tengok kot-kot ada bakat terpendam. Mana tahu boleh tambah duit kan. Hehe.. Hidup kena la kreatif.

Ann memang dah tahu kalau aku bawak keluar barang-barang make up tu, ada la mangsa yang seterusnya. Hehe.. Ann tu suami aku la. Ada orang tanya aku kenapa nama dia Ann, macam pelik je. Hehe.. Ann? Apa yang pelik.

Aku search pengalaman orang make up. Sejujurnya aku tak rasa begitu teruja. Aku teruja kalau orang bercerita pengalaman menulis sebab aku rasa dekat sangat dengan jiwa aku. Aku akan lebih berpuas hati. Rasa aku sedang berada di dunia tersebut. Make up? Tak sangat. Seronok gitu-gitu je la. Kalau menjadi bagus. Tak menjadi pun tak apa. Belajar sampai bagus. Hehe..

Belah ayah aku banyak yang ada bakat seni. Seni lukis, seni menyanyi, seni lakon mak aku kata aku ada. Tak payah nak berlakon dah dia kata. Haha.. Saja la tu perli aku. Tapi aku memang dulu-dulu nak jadi pelakon. Kahkahkah.. Aku minat nyanyi tapi tak suka jadi penyanyi. Pernah menang. Kadang-kadang aku pergi lawan nyanyi, aku balik tidur kat rumah. Alih-alih orang datang bawak hadiah. Haha.. Heran! Sambil gosok-gosok mata, bukaklah hadiah tersebut. Kalah? Pernah kalah. Suara tiba-tiba jadi itik. Pernah ada permintaan. Pernah nak join band. Pernah dan pernah tapi tak minat. Pernah orang suruh aku pergi audition. Tak nak. Aku tak suka nanti part tayang kat iklan. Cis..

Aku minat nak jadi pembaca berita. Nie target aku. Tapi entah.. Tak ada rezeki. Badan tembam gini tak konfiden aku nak buat apa pun. Hohoho..

Eh, over pulak penceritaan aku! Hehe..

Teringat dulu zaman sekolah. Cikgu-cikgu tak percaya yang bercakap kat depan tu aku? Masing-masing tertanya-tanya, Maizura ke Maizura ke? Eh by the way, tak suka aku orang panggil nama aku camtu. Maizura? Panjang! Zura je.. Mai pun tak pe.. Raa? Ups!! Hehe..

ok. nanti senang-senang aku update la apa yang patut. hangat-hangat taiikkk ayamm pandu je nie




Monday, August 3, 2015

X-Ray Servis Bagus dan Cepat

Hai uolls.. Mak Jemah baru balik dari Tung Shin Hospital. Tak sakit pun. 

Dari malam semalam dah bagitau Husband. Memang dia kena bawak. Sebab Wife dia buta jalan. Hehe.. Dolu-dolu pun nak pergi jumpa dia tersalah jalan. 

Jadi pergilah kami berdua pagi-pagi. Lepas clock in, search location semua merempitlah kami berdua ke hospital tu. Dekat dengan Hospital Bersalin Cina. Sebenarnya dekat je dari Berjaya Times Square. 1km ke 500m ke memang aku tak hadap nak gamble bab2 jalan nie.. 

Tak sampai sejam. Result dah keluar. Hohoho.. Memang cepat. Tengah makan kami berborak kes derma tu. Memang kelakar la para menteri sekarang. Suka buat statement yang dah tahap kanak-kanak tadika. Dari hari ke hari ada je benda-benda kelakar dan bodoh. Lantaklah. Bukan aku nak menjawab depan Tuhan. Bagi aku senang je, Allah swt tu ada. Percaya yang tu je. Jatuh bangun manusia dalam perancangan Dia. Nak jatuh tergolek ke, nak jatuh bersambut ke, bergantunglah kepada akal. 

Yang seronok rakyat Malaysia walaupun tengah-tengah marah, masih jugaklah nak buat lawak. Lawak atas lawak. Memang jadi bahan la.

Aku ni ada benda lain nak cerita tapi aku dah lupa. Oh, pasal makan. Aku demam. Teringat dulu masa zaman degree di UPM. Punya la makan banyak di rumah member. Aku jatuh sakit demam yang teramat teruk. Esoknya aku ada exam BM Tinggi. 100 soalan objektif.

Bahang panas kat muka memang tak boleh tahan. Aku jawab soalan tanpa menggunakan otak sepenuhnya. Dan keputusannya, itulah kali pertama BM aku tak dapat A. So sad!

Nie baru lepas rumah aku. Sekarang nie rasa kesengalan demam tu. Suara dah jadi Ramli Sarip. Husband pun demam. Kasya selsema. Eloklah. Tapi masing-masing demam biasa-biasa je. Demam manja je. Kalau aku demam teruk memang susah la. Tak dapat bangun langsung. Sedeyyyy.. 

ok.. bai

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...