Thursday, March 17, 2016

Kritik Biarlah dengan Minda Terbuka

BACA INI DULU!

ARTIKEL SUDAH BOSAN JADI CIKGU



Ok. Rata-rata kritik bro nie. Aku pun buka link dan baca. Aku baca dengan penuh perasaan untuk turut sama mengkritik. Malangnya, aku tak tahu apa untuk dikritik melainkan aku nak mengkritik manusia-manusia berpandangan sempit.

Semua cakap orang ini merendahkan kerjaya guru. Dia cuma cakap dia bosan jadi guru. Dia tak suka ikut sistem dan sebagainya. Ok. Saya tekankan di sini. Orang yang jiwanya suka bisnes memang tidak suka terikat dengan sistem atau mana-mana peraturan atau karenah atasan. Dah jelas itu karakter orang bisnes. Apa lagi yang mahu dikritik? Hanya kerana dia cakap bosan?

Di penghujung artikel, dia sudah memberi satu motivasi bahawa Kita Memang Power! Dia sudah cakap untuk terus bergerak jika ingin berniaga. Dia bagi motivasi untuk manusia-manusia yang berkeinginan seperti dia. Jadi, apa yang hendak dikomen? Setiap orang ada persepsi sendiri. Apa yang dia cakap mengenai bosan itu bukan bermakna dia menghina guru. Dia cuma bosan kerana itu bertentangan dengan apa yang dia mahukan. Sekurang-kurangnya, pencapaian dia sangat bagus ketika dia menjadi guru.

Yang kita tukang kritik? Dia pergi belajar di IPG dan sebagainya. Tidak bermakna dia membenci guru. Aduhai.. Mentaliti. Cuba buka minda dan terima dari sudut positif. Aku pun guru. Tak nampak di mana hinanya ayat dia terhadap kerjaya ini. Orang yang tak minat bisnes memang takkan faham. Yang tahu, kritik!

Mungkin aku boleh simpulkan, ayat yang digunakan sedikit keras dan menimbulkan persepsi negatif. Dari segi niat, aku faham dia cuba menggalakkan rakyat untuk menceburi bidang perniagaan dengan BERANI. Itu sahaja.


Hoiiii! Rajin pulak berblogging.. Kesian beliau oii.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...