Friday, April 8, 2016

Aku Dah Lain?

Assalamualaikum..



Rata-rata jumpa aku kat kampung, sesekali balik kampung katakan.. Semua tegur aku dah lain. Mungkin sebab aku dah kurus banyak dari sebelum aku keluar kampung. Seingat aku dulu, masa sibuk main sukan dan sibuk dengan macam-macam, badan aku naik sampai 65kg. Memang agak ketara. Dari 48 hingga 65kg tanpa mengandung! Tapi orang tegur, mengandung ke? Mengandung ke? Hehe.. Mungkin atas faktor itulah aku tak mengandung. Badan gemuk! Tapi disebabkan aku pernah kurus, masa tu aku rasa aku gemuk pun. Asyik bajet kurus je.

Salah satu punca gemuk, aku makan memang banyak. Lepas makan, makan. Dah tu bila balik kampung cuti je, aku melantak kfc termasuk kulit dan kentang tanpa ragu-ragu. Nama pun main sukan. Kulit memang lain la. Gelap. Burn. So, masa tu hitam dan gemuk! Tapi tak de la teruk sangat cuma gaya tu lebih ke arah sukan.

Bila aku berhijrah ke bumi Serdang, berat dalam 58-60kg. Masa ni aku berusaha nak diet tapi belum berjumpa diet yang sesuai hingga aku jumpa Atkins. Aku berjaya. Lepas tu kahwin, dapat anak sampai naik 80kg masa mengandung. Hampir setahun untuk dapat berat 52-54kg. Alhamdulillah. Kali ni aku buat Atkins dan Kevin. Maksudnya, ambil nasi untuk penyusuan anak aku tapi portion sikit la.Lepas tu aku masuk gym. Memang giat gak la. Paha yang 20kg sebelah tu dah okay la. Haha..

Bila balik je kampung, sesape yang jarang jumpa akan tegur. Wow! Lainnya. Haha.. Faktor kurus dan cerah agaknya. Yelah dok sini, nak main sukan pun malam. Keluar pergi kerja duduk dalam ekon. Memang la lain. Dulu takde duit banyak nak mengurus diri. Bedak nyonya je. Lipstik pun rasa geli-geli. Apatah lagi eye shadow ke blusher ke apa ke.. Kau rasa aku ke tu? Haha.. Aku cuma alert dengan mascara. Yang lain aku baru belajar pakai-pakai dan jadi ladies.

Alhamdulillah.

Jangan cakap tomboy tak boleh berubah. Yang penting aku bukan pengkid! Haha..

Oklah. Hero dah mai dah. Jom balik!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...