Wednesday, June 8, 2016

Pembantu Rumah aka Pengasuh Diperlukan di Mahkota Cheras

Assalamualaikum...


Saya memerlukan pembantu rumah @ pengasuh bayi di rumah saya di Cheras.



Butiran :

Masa bekerja : 7.30 pagi - 7.30 malam
(bergantung kepada masa saya balik kerja, selalunya pukul 630)

Hari : Isnin hingga Jumaat sahaja.

Bayaran : Minimum RM700  (bergantung kepada keadaan)

Tugas :


  1. Menjaga bayi berusia 2 bulan dan 2 tahun.
  2. Mengemas bahagian bawah sahaja 
  3. Membasuh baju (seminggu dua kali)



Jika berminat boleh hubungi saya 019-2921436. (Zura)

Kekosongan bermula pada bulan Ogos atau  Disember 2016.

(bergantung kepada pengasuh sekarang. Dia nak bersalin pada bulan Oktober. Jadi, kekosongan selepas dia berhenti la.. hehe)




Sunday, June 5, 2016

Hari Pertama Ramadhan

Assalamualaikum

Menaip dengan mata tertutup. Aduhai.. Mengantuk rasa. Bangun awal masak nasi goreng Cina dengan pekasam goreng. Meletup selera pepagi kan? Gerak dari Mahkota Cheras jam 6.10 am dan sampai jam 6.30 am. Lepas tu terus masuk parking sebab perut sakit. Habislah kena bayar parking rm12.50 hari ini. Parking saja pun dah boleh makan berak makan berak. Mahal.. Kalau lepas jam 7 pun masih juga mahal, RM9.50. Bekerja untuk bayar parking.. hehe..

Sekarang jam 10.00 am. Mata mengantuk vs perut ni mampu ke tidak menahan. Rasa macam bateri dah lemah. Sebenarnya tadi dah masukkan dalam Tupperware makanan tu. Tapi rasa nak teruskan berpuasa. Mana tahu berkemampuan. Kita tengoklah macammana nanti. Hari ini tidak ada kelas, jadi tidak ada aktiviti pengajaran. Agak bosan. Mata pulak menyetim!! Ishh..

Oklah Zzzzz dulu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...