Monday, August 15, 2016

Dugaan Sakit Bertubi-tubi

Tak pernah sesaat pun membayangkan saat-saat macam ni. Dalam keadaan sarat mengandung, nak bangun pun susah, nak berjalan sakit belakang, sakit pinggang, dah memang tak cergas macam dulu. Berat badan naik mendadak. Memang aku kalau mengandung macam tu. Sampaikan doktor hairan, mana pergi berat aku sebab anak tak besar sangat. Aku la tu! Menyerap lebihan lemak. Haha..

Seminggu lebih suami sakit. Kritikal jugaklah. Tak boleh bergerak. Bangun pun susah. Yang dia tahu meraung dan satu ketika kami menangis bersama sebab aku tahu dia tak dapat tahan sakit tu. Buasir tahap 4 barangkali. Sebelum ni pernah dia sakit tapi taklah teruk macam ni. Aku dah ke sana ke sini cari ubat. Dia tak nak ke hospital. Kewangan tak mengizinkan menyebabkan dia sedaya upaya tahan sakit tu. Padahal aku sanggup je cari duit untuk berubat. Asalkan dia tak terseksa macam tu.

Dalam masa yang sama, aku kena cirit-birit. Dahlah dalam perut ada anak. Memulas-mulas sakit. Salah makan. Lemah jugaklah. Pergi jugak ke HUKM untuk booking nak bersalin nanti. Lepas dua hari aku dah okay.

Dan dalam masa yang sama jugak, si Kasya pun demam 37-39'c. Bayangkan malam aku tidur tak tentu. Suami yang tak boleh makan sesuka hati, jenuh fikir nak masak apa. Nak pantang apa. Aku google segala maklumat berkaitan buasir. Aku cari kalau-kalau ada ubat tradisional. Aku mesin carrot buat air. Aku masak bubur nasik. Aku masak air manjakani. Apa lagi aku tak buat? Semakin hari semakin teruk. Benda dah nak keluar memang perit. Mujurlah kak dia kat kampung hantar ubat dari satu klinik di Perlis. Alhamdulillah. Dia dah kurang sakit tapi buasir tu masih ada. Sekurang-kurangnya dah lega sikit.

Bila search ubat buasir, yang kebanyakan dikecohkan ialah punca dan penerangan. Aku nak ubat! Sekali jumpa satu ubat, harga cecah rm800. Baik pergi operate je!!

Mahal. Bukan berkira tapi buat masa sekarang tak mampu.

Sudah jatuh ditimpa tangga. Kasya disyaki HFMD. Dia merengek-rengek. Tak nak minum susu. Tak nak makan. Satu petang, aku nampak tangan, siku, lutut, kaki dia naik ruam yang macam ada air bisa tu. Lepuh kata orang. Aku rasa macam campak. So dapatlah segala petua mak nenek. Esoknya aku cari daun belimbing buluh. Mujur ada.

Balik je, baru perasan tu tanda-tanda HFMD. Demam Kasya dah ok. Cuma kesan-kesan ulser dan sebagainya tu masih ada. Berbekalkan modal yang nyawa-nyawa ikan, demi anak.. Aku pergi juga farmasi cari ubat. Sekarang ulser dah makin berkurang. Cuma tunggu lepuh tu kecut je la. Dia gatal. Dia selalu tunjuk jari dia, kaki dia. Gatal. Nak mengalir air mata ni.

Bayangkanlah, jauh dari family. Kau kena harungi semua benda ni sorang-sorang. Suami, anak.. Duit lagi. Pejam mata rapat-rapat dan tanya kepada Allah, kenapalah berat ujian aku sepanjang dua minggu ni? Pejam lagi. Aku dapat jawapan. Seberat-berat ujian untuk aku, berat lagi ujian orang lain. Yang pasti Allah ada aturkan yang lebih baik untuk kami pada masa depan. Aku arah hati supaya kuat dan tabah.

Sampailah esoknya, aku hampir pitam di Petronas. Kurang rehat, kurang tenaga. Kalau tak mengandung, rasanya aku boleh. Mungkin faktor sarat sangat membuatkan aku rasa lemah sikit.

Sekarang?

Kedua-duanya dah beransur pulih. Aku sedang bergelumang dengan kertas peperiksaan pelajar yang beratus-ratus.



Sekian, semoga tulisan ini mampu memberikan nostalgia yang paling bermakna untuk aku pada masa depan. 16/8/2016 jam 10.49am

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...