Sunday, September 4, 2016

Bila Boyot Marah!

2.15 petang. Aku baru je lepas makan di food court level 4, Times Square. Aku tak rasa nak makan nasik pun. So, teringat Sizzling Yee Mee. Sebab bak kata kawan-kawan aku sedap. Terboyot-boyot la bawak diri ke gerai Hot Plate. First nak cakap, aku baru je dapat gaji. Masih lagi berbaki gaji dalam akaun. Kalau tak ada pun, aku mampu lagi pinjam dengan kawan-kawan.

Aku pun order nak ayam lebih sebab bak kata kawan-kawan aku kalau order ayam, sikit je dapat. Kalau order daging dapat la banyak. Disebabkan mood nak makan ayam, aku order ayam lebih. Sebagai staf, dapatlah 10% diskaun. Ok. Itu dah biasa.

Harga Sizzling Yee Mee yang biasa RM6.90.
Harga ayam lebih RM2.70
Jumlah yang sepatutnya : RM9.60 (sebelum diskaun)
Selepas diskaun 10% : RM8.64
Harga yang disuruh bayar : RM9.30


Masalahnya di sini bukan jumlah aku kena bayar tau. Aku cakap awal-awal, gaji aku masih berbaki lagi. Maksudnya kalau hujung bulan sekalipun, aku masih mampu lagi setakat nak pinjam RM10 untuk bayar harga makanan tu. Masalahnya sekarang, masa aku order perempuan tu punya la kerek giler babi muka dia, buat kerja macam period je, tak senyum tak apa pun. Aku suruh kurangkan yee mee pun nak buat muka. Ok. Fine. Aku masih lagi gelak-gelak gurau-gurau dengan kawan aku sampailah masa nak bayar kawan aku cakap nak ke bawah cari asam. Tinggal aku je la nak bayar. So, takde hal la. Bila kena bayar RM9.30 aku pelik. Tapi aku tak cakap apa-apa, aku hanya minta nak tengok resit je.

Aku : Nak resit boleh?
Kakak Kurang Ajar : Tak. Ini untuk office.
Aku : Office? Untuk i xde?
Kakak Kurang Ajar : Tak. Kalau discount kena simpan.

Terus dia simpan dan tak nak bagi.

Aku pelik.

Aku : Sure tak nak bagi?
Kakak Kurang Ajar :  Tak boleh.

Ish! Kau ghaser?? Hahaha memang mencari la. Aku malas nak sebut dari mana kakak tu. Yang salah kakak tu bukan bangsa dia.

Ok. Masa aku makan aku dah memang tak puas hati dah. Aku berhasrat nak jumpa management kat situ. Member aku sampai je aku cerita, dia pun pergi dapatkan resit kat kedai nasi ayam. Eh, boleh pulak. Mendidih la aku. Ok. Fine. Memang aku tunggu.

Sekali aku pergi confirmkan balik dengan budak jual air. Budak tu cuak jugaklah sebab aku cakap nak jumpa management. Kenapa kak? Pasal air ke? Akak ada mintak resit ke?

Kesian dia. Terus dia text supervisor dia mungkin. Lepas tu datanglah supervisor dia ketika aku dan member-member aku dah nak blah. Kakak kau ni nama je boyot, dalam tu masih menggelegak macam orang tak boyot. Hahaha. Tambah-tambah orang jenis buat muka macam tu. Kakak kau ni nampak je gelak-gelak, tapi dalam gelak tu la dia nak sapu orang.

Aku tanya, customer memang tak boleh dapat resit ke?
Eh, boleh kak. Kenapa?
No. Tadi I beli makanan. Minta extra dan I nak tau la berapa banyak dia tolak. Harga makanan I bla-bla-bla. Tapi dia tak bagi pulak.
Ok kak. Jom saya pergi ambil.

Aku pun follow je la dengan harapan dapat jumpa Kakak Kurang Ajar tadi. Takde pulak! Pergi mana entah.

Aku ambil resit dan periksa. See!!! Patutlah dia tak nak bagi. Dia just tolak 10% daripada harga ayam iaitu 27 sen. Yang harga mee tu dia tak tolak. Hahaha.. Aku bagi balik dengan supervisor dia resit tu. Ok. Tengok ni. I just nak tengok yang ni je. Bukan berkira sangat bab duit tu, tapi cara dia buat I rasa panas. Nah , ambil balik.


Terus aku bagi resit tu. Supervisor dia say sorry la tapi bukan salah dia pun. Cuma aku saja nak bagi supervisor dia tau pekerja-pekerja situ layan orang macam sial. Kau main dengan aku, salah kot!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...