Wednesday, March 15, 2017

Bersalin C-Sec Part 2

Sambung dari Part 1


Ok. Pagi ni rasa ada masa terluang, bolehlah sambung. =)

Maka, malam tu saya bermalam di hospital. Perkara pertama dan berat untuk saya lakukan ialah nak tinggalkan anak sulung saya (Kasya) di rumah. Untungnya, sebelum pergi bersalin dia agak rapat dengan suami. Jadi, tidak ada masalah. Cuma saya memang tak pernah berenggang tempat tidur dengan dia. Anak sulung la kan. Anak yang ditunggu-tunggu sejak sekian lama.

Pada malamnya saya asyik bertanyakan suami keadaan anak. Dia kata okay. Saya rasa sedikit tenang. Terus doktor datang, nurse datang tanyakan itu ini. Kata doktor, esok mereka akan masukkan belon untuk melembutkan serviks barangkali. Saya tak tahu tapi seingat saya dulu tak perlu belon pun. Sekadar drip. Bila search belon je mula rasa seram. Apa la nak jadi kan?

Esoknya doktor 'tua' datang jumpa doktor yang jaga saya tu. Dia tanya, apa yang u nak buat dengan patient ni? Doktor muda cakap nak masukkan belon.

"What?" Begitulah respons doktor tua. Doktor muda dah mati kutu.

Saya pulak rasa, "Eh, nak buat kajian lagi ke? Nak beranak oi.. Bukan batuk selsema.." dalam hati je la..

Lepas tu doktor tua pergi tarbiah doktor muda. Pukul 10 pagi macam tu saya dah pergi buat VE. Sakit weh! Boleh pulak dia tanya, dulu tak pernah beranak ke?

"Pernah. Tapi benda yang paling saya takut VE la." Doktor tu diam. Meh nak buat VE kat doktor. Nak saja cakap macam tu.


Bukaan masih belum menunjukkan apa-apa perubahan. Serviks masih tebal. Alahai, tu la jangan tahan sesuka hati. Kalau balik lepak dengan mak lagi bagus.

"Doktor, kalau nak induce.. Saya nak epidural." Tu saya minta sendiri sebab saya tahu induce tu sakit. Kesan epidural dua kali untuk kedua-dua anak memang dirasai sekarang. Seboleh-bolehnya tak payahlah ambil epidural. Rasa je la sakit tu. Kesan jangka masa panjang. Bukan sekadar mitos. Saya dah rasa.

Doktor setuju je sebab patient yang minta. Dia pun cakap, u kena relaks. Saya nak tebuk air ketuban,


Image result for alat pecahkan air ketuban

Ini la alatnya. Lepas air ketuban dipecahkan secara paksaan gitu, maka basahlah. Tak selesa habis. Air keluar. So mahu ke tidak, dalam masa 24 jam mesti kena beranak jugalah.

Doktor call ke labour room nak hantar saya dengan alasan dah buka hingga 4 cm. Padahal dikoyak-koyaknya bahagian tu. Serviks masih juga tebal. Apa-apa je lah.

Saya ke labour room dan tunggu pakar bius sampai. Ada orang cakap takut jarum besar. Saya tak tengok jarum. Saya buat je apa yang doktor suruh. Peluk bantal dan relaks. So, rasa kebas sikit la di bahagian kiri bila ubat masuk. Lepas tu siap. Tak rasa jarum besar sangat pun.

Saya dah mula relaks. Doktor bagi alat untuk kawal ubat bius masuk. Disebabkan saya takut sakit sangat, saya kunci jam setiap 15 minit saya tekan ubat tu padahal automatik. Hahaha.. Tengok ke monitor contraction tetap slow. Aduh, kesian anak. Saya tertidur dan bangun. Dalam masa tu, bunyi dengkur kuat. Saya bukan kaki dengkur tapi mungkin disebabkan epidural saya tak sedar pun saya berdengkur.

Suami masuk tanya, sakit tak?

Saya cakap tak. Dia pelik. Selalu saya dah berkerut-kerut dah kalau nak bersalin. Saya cakap tu epidural. Haha.. Ok. Dari pukul 11 saya tak makan apa-apa. Disuruh berpuasa. Ok. Fine.

Nak dijadikan cerita makin lama HB saya makin rendah. Saya disahkan anemia. Entah apa entah. Hahaha.. Tapi sejujurnya jika tidak ada epidural mungkin saya dapat rasa kekuatan badan saya waktu tu. Tapi epidural membuatkan saya rasa hidup tetapi mati deria. Nurse tak tinggalkan saya. Sentiasa monitor HB saya. HB tu apa entah?? Haha.. Happy birthday..

Ada seorang doktor garang masuk bawa budak-budak doktor praktikal. Dia tanya, apa jadi dengan saya? Lepas tu dia marah-marah. Dia tanya kenapa paksa dia? Biar secara natural. Selagi tak ada apa-apa jangan senang-senang nak paksa kelahiran bayi. Bunyinya memang garang. Saya lali dek ubat epidural, so malas ambil tahu. Yang saya tahu saya nak beranak.

Pukul 5 petang hingga lapan malam, doktor dan nurse asyik datang buat VE. Serviks dan bukaan masih tak menunjukkan perubahan apa-apa. Masih sama. Nurse dah bertukar ganti. Saya masih lagi tekan ubat bius supaya kekal tak sakit. Suami pula asyik tanya, sakit ke sakit ke.. Saya lapar.

Pukul 9 dan pukul 10, VE lagi. Saya dah tak marah. Saya bagi je diorang buat kerja siap senyum-senyum lali. Mana tidaknya, dah bius. Apa yang nak rasa? Hahahaha.. Punya la seronok sebab bius. Hahahaha VE la VE la..

Dalam pukul 10 lebih, doktor jumpa saya dan suami. Dia cakap sekali lagi kalau check tak ada progress, saya kena bedah. Allah! Gelap dunia. Saya seboleh-bolehnya tak mau bedah tapi masa tu saya dah lemah. Saya dah cakap kat suami, apa-apa jadi tolong jaga Kasya elok-elok. Doktor pula pesan, in case ada komplikasi, mereka akan selamatkan ibu dulu. Saya malas bertekak sebab saya dah tak larat. Betul-betul lemah. Badan saya berjuang dengan ubat tapi saya tak rasa apa-apa. Yang saya tahu sudah di hujung nyawa. Saya tak boleh minum atau makan.

Apabila bedah, saya tahu aktiviti saya lepas ni terbatas. Tak boleh pergi gym, muay thai, atau seangkatan dengannya. Saya tak suka dimanjakan macam perempuan lain. Saya suka buat sendiri. Saya dah ajar diri saya supaya tak nak bergantung dengan lelaki walaupun itu suami saya. Sebab saya sudah banyak pengalaman hidup, maka saya senang untuk menyusahkan diri sendiri. Haha..

Pukul 10.55 malam, saya ditolak ke bilik bedah. Saya muntah dua kali. Kena minum ubat apa entah. Sebelum tu, bahagian bawah dicucuk dengan tiub kalau tak salah saya. Tak sakit. Sebab saya ambil epidural. Memang saya cakap betul ye, kali ni langsung tak sakit.

Cuma di bilik bedah, saya terketar-ketar sejuk. Saya diberikan ubat bius tambahan untuk dibedah. Masa tu saya dah pasrah. Saya ikut je. Saya pejam mata. Andai kata saya tidak bangun, maka di situlah ajal saya. Berjuang untuk melahirkan anak kedua saya. Pengorbanan ibu, biasalah. Saya rasa ditoreh, tapi lepas tu tak rasa apa-apa. Perut ditekan-tekan, kemudian dengar bayi menangis. Saya dah tak larat nak tengok tapi doktor bawa dia datang letak di dada saya. Mengalir air mata saya apabila anak yang sedang menangis, diam di dada saya. Saya senyum. Sudah tidak larat. Saya tunggu perut saya dijahit dan 'diapa-apakan' oleh doktor-doktor dalam tu.

Pukul berapa saya tak tahu, saya dihantar ke wad biasa. Seluruh badan saya tidak boleh bergerak sehingga jam 6 esok. Pukul 6 saya dah gerakkan kaki. Saya pegang hand phone dan cari info lagi pasal c-sec. Katanya, saya kena bangun dan berjalan dengan badan yang tegak. Tak boleh takut. Sebab nak membantu pengaliran darah. Nurse pun cakap macam tu. Saya cakap buang la tiub kencing ni, saya nak bangun. Terus dia buang. Saya bangun perlahan-lahan dan tegakkan badan. Tak rasa sakit pun. Cuma seriau.


Saya berjaya bangun berdiri dan berjalan ke tandas sendiri. Saya tunggu makanan mak sampai. Lambat betul. Anak saya 3.72 kg dan lelaki. Lahir pada jam 11 lebih. Tak ingat. Kena refer surat beranak. Kepala dia besar. Sebab tu tak dapat nak keluar. Mujur tak forcep. Suami pun cakap, tak sangka yang keluar tu anak dia sebab nampak tembam giler. Haha.. Saya susukan anak. Alahai si mata sepet. Haha.. Macam mak saya. Dah besar, mata dah besar macam mamy dia la. Hehe..

Ikuti Part 3 nanti kerana di situ bermula cerita sakit saya ketika berpantang.


Sunday, March 5, 2017

Bersalin C-Sec Part 1

Part 1



Saya dalam waktu bekerja. Mencuri masa demi melunaskan janji saya untuk posting tentang bersalin secara pembedahan (caesarean section, c-sec etc). Anak yang pertama saya, normal. Anak yang kedua sudah melebihi jangka 3 hari. Bukan masalah lebih dari tarikh jangka, tetapi laluan yang masih belum terbuka.

Kisahnya...

Saya dah buat macam-macam senaman semata-mata nak cepat lahirkan anak. Risau tau kalau anak duduk lama-lama dalam perut. Takut dengan pelbagai risiko yang memudaratkan anak. Lemas, makan tahi dan sebagainya. Tanya la sesiapapun. Bab nak bersalin tu tak ada la nak risau sangat sebab mahu atau tidak memang kena bersalin.

Saya kuat berjalan, kuat senaman, minum minyak kelapa dara dan sebagainya. Namun, manusia itu terhad keupayaannya. Hanya Allah swt yang berkuasa menentukan bila dan di mana dan bagaimana kelahiran itu berlaku. Jangan takut para ibu. =)

Seminggu sebelum kelahiran saya dah ambil cuti. Sarat sangat. Kawan-kawan ofis pun dah takut pecah. Jadi rimas okay sebab semua orang macam tak berani berhadapan dengan kita. Hahaha.. Mahu ke tak, berat badan naik lagi banyak. Dari 53kg, naik ke 80kg!! Sama maca dulu tapi dulu bermula 55kg. Tiada kencing manis. Tiada penyakit. Alhamdulillah.

Maka, hari yang ketiga terlebih jangka, 12 Okt 2016 saya pergi ke HUKM untuk mendapatkan MC dan memeriksa kandungan. Semoga dia baik-baik sahaja.

Doktor tanya, "Berapa kali baby bergerak?"

Saya senyum. Sememangnya saya tidak pernah mengira. Bahaya kan? Orang lain siap ada buku kecil dan tandakan jika baby bergerak. Saya selamba badak rasa oh bergerak maksudnya bergerak la.. Kalau sehari tak bergerak baru saya hilang selamba badak tu. Kiki... Yang ni jangan tiru.

Masa tu, saya balas, "Gerak tapi tak selalu. Siang tak gerak. Pagi-pagi gerak la. Dah kurang aktif."

Lepas je saya cakap macam tu, doktor tu buat VE (paling menyeramkan). Doktor laki muda lagi, dia cakap dah 3cm. Wah! Saya dah seronok. Yeay! Nak beranak dah aku ni.

Doktor perempuan datang, buat VE lagi. Eh, marah pulakkkk hati ini!

"Hmm.. Baru 2 cm.."

Oh, masa tu rasa macam lemah semangat. Lepas tu dia cakap, "awak duduk hospital je la.."

Adoi.. 2cm. Jauh lagi perjalanan. Darah tak turun, ketuban tak pecah. Memang makan hari jugaklah. Saya pun menolak dengan baik. Saya cakap nanti kalau sakit baru saya datang.

"Eh, tak boleh. Awak cakap baby awak kurang bergerak. Bahaya. Nanti makan tahi ke apa ke susah. Saya tak nak tanggung risiko." balas doktor tu siap gertak kita.

Pening! "Tapi doktor, CTG okay je.."

"Tak sama. Tak boleh nak berlpandukan CTG je." terus doktor tu tulis surat kena warded.

Dalam hati ni, dah memang rasa kena induce dah ni. Hampeh! Tak pun duduk hospital lama. Lagi hampeh..

Oh.. Ini baru PART 1.. Belum part nak bersalin dan komplikasi lepas bersalin lagi. Hahahha.. Lagi lagi hampeh tangan dah lenguh. Lain kali je la sambung. K bye!


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...