Sunday, March 5, 2017

Bersalin C-Sec Part 1

Part 1



Saya dalam waktu bekerja. Mencuri masa demi melunaskan janji saya untuk posting tentang bersalin secara pembedahan (caesarean section, c-sec etc). Anak yang pertama saya, normal. Anak yang kedua sudah melebihi jangka 3 hari. Bukan masalah lebih dari tarikh jangka, tetapi laluan yang masih belum terbuka.

Kisahnya...

Saya dah buat macam-macam senaman semata-mata nak cepat lahirkan anak. Risau tau kalau anak duduk lama-lama dalam perut. Takut dengan pelbagai risiko yang memudaratkan anak. Lemas, makan tahi dan sebagainya. Tanya la sesiapapun. Bab nak bersalin tu tak ada la nak risau sangat sebab mahu atau tidak memang kena bersalin.

Saya kuat berjalan, kuat senaman, minum minyak kelapa dara dan sebagainya. Namun, manusia itu terhad keupayaannya. Hanya Allah swt yang berkuasa menentukan bila dan di mana dan bagaimana kelahiran itu berlaku. Jangan takut para ibu. =)

Seminggu sebelum kelahiran saya dah ambil cuti. Sarat sangat. Kawan-kawan ofis pun dah takut pecah. Jadi rimas okay sebab semua orang macam tak berani berhadapan dengan kita. Hahaha.. Mahu ke tak, berat badan naik lagi banyak. Dari 53kg, naik ke 80kg!! Sama maca dulu tapi dulu bermula 55kg. Tiada kencing manis. Tiada penyakit. Alhamdulillah.

Maka, hari yang ketiga terlebih jangka, 12 Okt 2016 saya pergi ke HUKM untuk mendapatkan MC dan memeriksa kandungan. Semoga dia baik-baik sahaja.

Doktor tanya, "Berapa kali baby bergerak?"

Saya senyum. Sememangnya saya tidak pernah mengira. Bahaya kan? Orang lain siap ada buku kecil dan tandakan jika baby bergerak. Saya selamba badak rasa oh bergerak maksudnya bergerak la.. Kalau sehari tak bergerak baru saya hilang selamba badak tu. Kiki... Yang ni jangan tiru.

Masa tu, saya balas, "Gerak tapi tak selalu. Siang tak gerak. Pagi-pagi gerak la. Dah kurang aktif."

Lepas je saya cakap macam tu, doktor tu buat VE (paling menyeramkan). Doktor laki muda lagi, dia cakap dah 3cm. Wah! Saya dah seronok. Yeay! Nak beranak dah aku ni.

Doktor perempuan datang, buat VE lagi. Eh, marah pulakkkk hati ini!

"Hmm.. Baru 2 cm.."

Oh, masa tu rasa macam lemah semangat. Lepas tu dia cakap, "awak duduk hospital je la.."

Adoi.. 2cm. Jauh lagi perjalanan. Darah tak turun, ketuban tak pecah. Memang makan hari jugaklah. Saya pun menolak dengan baik. Saya cakap nanti kalau sakit baru saya datang.

"Eh, tak boleh. Awak cakap baby awak kurang bergerak. Bahaya. Nanti makan tahi ke apa ke susah. Saya tak nak tanggung risiko." balas doktor tu siap gertak kita.

Pening! "Tapi doktor, CTG okay je.."

"Tak sama. Tak boleh nak berlpandukan CTG je." terus doktor tu tulis surat kena warded.

Dalam hati ni, dah memang rasa kena induce dah ni. Hampeh! Tak pun duduk hospital lama. Lagi hampeh..

Oh.. Ini baru PART 1.. Belum part nak bersalin dan komplikasi lepas bersalin lagi. Hahahha.. Lagi lagi hampeh tangan dah lenguh. Lain kali je la sambung. K bye!


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...