Wednesday, April 26, 2017

Dua Target Besar 2017 - Semoga Ditunaikan

Tahun 2017.

Dua target besar yang perlu diselesaikan. 

Aku bermain emosi dengan papan kekunci. Mencuri masa di sebalik kuliah. Tidak sekadar mengemudi bahasa, sebaliknya mengemudi ilmu-ilmu lain.

Apatah lagi, dua nyawa yang masih kecil di rumah. Memerlukan perhatian yang secukupnnya. 

Maka, atas apapun alasan, orang tidak mungkin boleh terima. Mereka tidak berada dalam kasutku.

Hikmah bakal datang bertimpa-timpa, kerana waktu ini ujian-Nya begitu hebat. 

Jangan menghukum manusia yang mahu belajar. Dia tidak belajar jika dia bijak. Kesalahan itu yang akan menjadikannya seseorang nanti. 



Sunday, April 2, 2017

Bersalin Part 3 (Berpantang)

Mungkin apa yang akan saya kongsikan kali ini membuatkan orang menilai saya sebagai tidak tahu malu, berkongsi sehingga perkara-perkara yang tak sepatutnya. Saya minta maaf. Saya tidak berfikiran seperti itu kerana apa yang akan saya kongsikan ini akan memberi manfaat kepada kaum ibu yang mengalami nasib seperti saya. Bukan semua orang terpilih menerima sakit begini.


Image result for breast abscess
Sumber : Google


Malu? Bila dah sakit memang tak akan malu. Sebanyak mana duit atau kekayaan yang kita ada, kalau sakit memang semua tu dah tak penting dah. Sesayang-sayang saya pada anak-anak, bila dah sakit, anak-anak pun entah ke mana. Cuma saya tak lepas memerhati dari jauh. Si kecil saya apatah lagi, saya memang tak peduli langsung.

Sebelum terjadinya breast abscess (bengkak susu bernanah), saya jadi sejuk menggigil. Semua ni berlaku dalam pantang. Mak saya jaga bab makan dengan baik. Dia orang kampung, apa sahaja dia nak bagi makan, dia akan pastikan semua tu tidak bermasalah. Termasuklah nasi yang sentiasa panas. Jadi, soal pemakanan tidak ada salahnya kerana saya sendiri memang akan ikut pantang dengan betul sebab nak kurangkan berat badan. Hahaha.. Dalam pantang pun fikir nak kurus.

Ok sambung. Orang cakap kalau menggigil macam tu bentan. Habis urat dan sendi sakit. Bukan 5 minit tapi sejam lebih saya sejuk menggigil. Dengan sakit kepala, ish tak tau la nak habaq! Kiranya dalam sehari lebih 3 kali saya diserang sejuk menggigil begitu. Bungkus toto, tutup kipas, minum air panas semua dah. Macam-macam saya search, termasuklah mak yang call ke sana ke sini. Mak panik sebab kat KL. Kalau kat kampung dia dah bawa saya ke sana ke sini dah berubat. Sini dia tak tau. Kesian jugalah.

Masa jadi macam tu, mak bagitau saya asyik marahkan dia walaupun perkara kecil. Entah saya pun rasa begitu. Entah apa saya marahkan pun saya tak tau. Sekali dengan anak pun saya tak nak. Masa tu saya tak kisah pun Ukael tidur dengan mak malah rasa lebih lega. Saya lebih rela tidur dengan Ukasyah, abangnya yang sulung. Esoknya saya ke klinik swasta berdekatan. Doktor pun nampak macam blur. Dia kata perubahan hormon. Saya bengang jugalah. Balik rumah berharap dah lega. Tapi Tuhan saja yang tahu. Setiap kali menjelang Maghrib, angin sejuk mula datang dan terus saya sakit lagi. Saya jadi takut untuk 'sejuk menggigil' kerana sendi-sendi saya seperti diikat dan kepala saya penuh dengan beban yang amat berat. Hanya air mata sahaja mengalir melepaskan kesakitan secara zahirnya. Mak juga cakap saya merepek tidak tentu. Saya jerkah Ukael. Semua berlaku antara sedar dan tidak.

Mak ajak saya balik tapi saya fikirkan suami yang tengah sibuk bekerja. Saya dahulukan suami saya yang bekerja sebab saya kesian dia nak pandu balik ke Perlis dan kemudian datang balik ke KL. Saya pergi berurut (dalam pantang), mana tahu lega kan. Malangnya tak juga lega. Bahagian perut saya yang dibedah rasa sengal. Saya keluar beli ubat Cina, pun tidak lega. Pergi farmasi, pun tidak lega.

Masa tu, payudara sebelah kiri sudah bengkak keras. Saya ke klinik kesihatan. Ini yang paling akhir saya buat sebab saya paling tak suka menunggu. Doktor cakap, keras. Mungkin ada nanah. Hampir 2 minggu lebih payudara keras begitu. Saya dah tak ingat berapa ukuran bahagian yang keras tu. Saya hanya ambil ubat antibiotik dan diberi surat untuk ke hospital Kangar jika makin teruk. Selera makan sudah tidak ada. Kali pertama saya makan nasi, rasa seperti pasir. Apa-apa sahaja yang mak buat semua tak rasa. Mak pula risau sebab keadaan saya makin teruk. Saya makan antibiotik dan ubat-ubat hospital tetapi tidak juga lega.Saya search pelbagai tips untuk keluarkan susu. Saya tuam dengan air suam air panas, letak kubis dan sebagainya. Saya dah jadi macam orang tak betul. Serius, selekeh. Saya lebih suka berkurung dalam bilik dan layan perasaan. Saya tak suka bising. Nak mandi pun takut. Sebab sejuk.

Memandangkan keadaan payudara tidak juga sembuh dan saya tidak juga sihat, saya mengalah. Saya ajak suami balik. Saya buat keputusan tu untuk anak-anak saya kerana saya tahu bila saya sakit, anak-anak tidak ada orang jaga. Jadi saya nak sembuh cepat.

Sampai di Perlis, saya pergi berurut dengan bidan yang selalu urut saya. Selama tiga hari saya berurut. Memancut-mancut keluar susu kiri kanan. Malangnya yang keras di bahagian kiri masih ada. Saya masih sakit dan risau.

Kawan-kawan di FB mencadangkan saya pergi berubat di Arau. Namanya Mak Wan. Kebetulan mak cik saya pun berpendapat begitu. Dia yang banyak korbankan masa bawa saya ke sana. Tak mahal pun. Cuma kena tunggu lama sebab ramai orang. Orang pula letak botol air. Datang awal-awal bawa botol air, susun ikut giliran. Kemudian balik. Haha..

Saya macam pernah sampai rumah Mak Wan. Macam pernah berlaku dalam mimpi saya. Saya sampai awal tapi ada 3 orang lebih awal. Masa tu sakit dan saya diam je sepanjang menunggu sehinggalah jumpa beberapa orang yang sakit lebih teruk daripada saya. Kanser payudara, kanser rahim dan sebagainya. Ada yang sudah pecah dan ada yang di peringkat akhir. Mak Wan ni orangnya gah jugalah dalam mengubat penyakit-penyakit begitu.

Lepas Zohor baru dia megubat. Nak dijadikan cerita, rezeki saya dapat masuk awal, nombor 3 lepas adik yang ada kanser payudara tu melepaskan saya pergi dahulu menggantikan gilirannya sebab dia risaukan saya yang nampak pucat teruk dan masih dalam pantang. Mak Wan tak urut. Dia pegang payudara saya, dia cakap dah ada nanah ni cik. Lembut saja suara dan tingkah laku Mak Wan. Saya kata buatlah apa yang patut, saya tak tahan dah.

Mak Wan senyum. Dia jampi dan hembus ke arah payudara saya. Dia kata, "Mak Wan bawa nanah ni isi ke sini, nanti dia pecah Mak Wan bagi ubat pemati. Tapi cik kena mai 3 hari berturut-turut."

Saya angguk. Sekejap saja. Saya balik. Esok dan lusa saya kena jumpa Mak Wan lagi.

Ikuti sambungan apa terjadi lepas 3 hari di Part 4.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...