Monday, April 2, 2018

Semua orang nak kahwin tetapi bersediakah anda?

Dalam peringkat umur tertentu, semua orang ingin mempunyai pasangan dan berkahwin, mempunyai anak, hidup di sebuah rumah banglo, ada kereta mewah, ada kehidupan yang penuh gelak tawa, ada masa untuk pergi membeli-belah dan sebagainya. Inilah namanya IMPIAN.

Semua hal ini akan terpasang dalam diri setiap individu. Mahu kekasih yang romantis dan sentiasa memberikan kejutan seumur hidup. Inilah namanya IMPIAN.

Wahai anak-anak dan adik-adik tersayang,

Fahamilah bahawa dunia perkahwinan itu bukan seperti drama pukul 7 petang atau pun filem Bollywood yang mana kesedihannya hanyalah beberapa minit cuma dan pengakhirannya sungguh-sungguh bahagia. Baik dibina atas dasar cinta atau tidak, bahtera itu pasti akan dilambung ombak juga.

 ASAS 
Asas perkahwinan kamu ialah agama kamu. Sejauh mana kamu menjaga agama kamu dan hubungan kamu dengan ALLAH SWT. Jika kedua-duanya hanyut, perkahwinan kamu juga tidak mungkin setenang yang kamu harapkan.

PENGURUSAN WANG
Kamu perlukan wang untuk hidup. Kalau pun kamu makan pasir, masih juga perlukan duit untuk membeli pasir. Kalau perkara ini tak cukup, bercakaranlah kamu kerana kesempitan hidup di dunia. Apatah lagi banyak keperluan kamu seperti rumah, pakaian, kesihatan dan makanan itu memerlukan WANG. Jadi bagaimana nak dapatkan wang? Kerjalah! Bukan menunggu rezeki jatuh dari langit semata-mata. "Bos, bos.. Duit datang ni. Nak letak mana?" Haa.. gitu kan yang kamu imagine? Nampaknya terus bermimpi la kamu!


KEPERCAYAAN
Pasangan yang saling mempercayai antara satu sama lain sukar nak ditemui. Bak kata mak, jangan percaya 100%. Tapi tidaklah bermaksud tidak boleh percaya 100%. Kena seimbangkan. Kalau hari-hari bangun check handphone lepas tu buat muka, merajuk, marah, buat perangai, memang tak lama la sesuatu hubungan. Lelaki ke perempuan ke, suami ke isteri ke, masing-masing ada privacy sendiri. Ada benda kita perlu tahu dan ada benda kita tak perlu tahu. Mungkin ada pasangan yang pernah melalukan sesuatu masalah dan perlu dicurigai tetapi usahlah berterusan begitu. Lambat laun pasangan anda akan jemu. Dan mungkin berlaku satu masalah lain yang suka dijangka.
Nak percaya senang saja, serahkannya kepada Tuhan. Didik isteri kamu mendekati Dia, atau ajak suami kamu mendekati Dia. Barulah percaya itu berhasil untuk ditemukan!

TOLERANSI
Saya sentuh hal yang kecil. Toleransi dalam hal rumahtangga seperti membahagikan kerja rumah. Basuh baju, sidai baju, lipat baju, mop lantai, basuh tandas, basuh pinggan dan sebagainya. "Dan sebagainya" pun sudah membawa maksud yang banyak. Jadi apabila banyak, mana boleh dibebankan kepada satu pihak saja. Dia bukan hamba kita. Dia pasangan kita. Yang mana kita sayang-sayang, peluk-peluk, manjakan dia pada saat-saat tertentu tetapi dalam masa yang sama kita paksa dia bekerja keras seorang diri. Tak bolehlah begitu.

Tolonglah isteri mengemas, jaga anak. Tanyalah apa benda yang boleh ditolong. Kita pun manusia, boleh tengok dan fikir apa yang boleh diringankan dan apa yang tidak boleh. Contoh, kalau kita tak boleh memasak, sekurang-kurangnya kita jagalah anak. Mudah kan?

Perempuan kalau dia tahu macam mana nak repair motor, repair kereta, buat kerja lelaki, rasanya dia pun boleh tolong kot. Haha.. Nanti kalau dia nak tolong, mintak spanar bagi tukul. Ha, baru tau!

Kalau encik encik suami nak tahu, kalau selalu tolong isteri, kalaulah suami tak ada kelam kabut isteri. Haha.. Alhamdulillah. Saya dikurniakan suami yang rajin tolong. Tak ada dia memang berserabut sikit. Saya tak biasa ada budak-budak jadi tak semua kerja rumah saya boleh handle sorang-sorang. Dia boleh buat semua benda kecuali masak! Haha.. Masih macho. Tak hilang pun wajah lelaki dia. Masih jantan. Tak hilang pun kejantanan dia walaupun tolong saya.

Yang penting jangan rasa diri tu bos!





Ada lagi hal-hal lain yang kamu perlu fikirkan:
- KESEFAHAMAN
- KOMITMEN SUSU PAMPERS DAN ANAK
- KOMITMEN MASA BERSAMA KELUARGA
- EGO
- MASALAH KELUARGA
- ILMU
- PENGORBANAN
- MENGATASI RASA JEMU

Ish.. Banyak lagilah yang kakak nak kongsikan tapi kakak ada kerja lain. Jadi, adik-adik perlu ingat, bukan SWEET tu penentu kebahagiaan. Jauh lagi dik UJIAN demi UJIAN yang kamu perlu lalui. Tak payah la kalut sangat nak kahwin sedangkan ALLAH SWT tahu bila masa kamu betul-betul bersedia.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...