Thursday, August 15, 2019

Assalamualaikum 2019!

Ternyata begitu sunyi. Ogos 2019 kita bersua lagi di blog yang sudah berhabuk teruk. Sekadar menyapa hai, helo dan seumpama dengannya untuk memberitahu saya masih lagi bernafas. Cuma waktu ini lebih aktif di FB yang lebih mudah untuk menulis status, memasukkan gambar, berkongsi dengan komunikasi 2 hala. Begitulah manusia yang aktif bersosial sehingga tidak jemu menceritakan hal-hal sekeliling kepada umum. Sesuatu yang privasi kekal privasi tetapi yang mana yang boleh dikongsi, yang mampu membuat orang tertawa, atau mungkin hal-hal ilmu pengetahuan, apa salahnya pada perkiraan saya.

Riak atau apa-apa kata lain, saya serahkan kepada Allah swt. Hati kita tidak mampu ditebak tepat oleh sesiapapun melainkan Dia. Jadi, buat apa pun harus yakin dan percaya kepada diri sendiri. Tidak penting untuk kita sentiasa memikirkan apa kata orang lain jika memang benar niat kita itu baik. Insya-Allah.

Pencapaian setakat ini?

Alhamdulillah. Semuanya berlalu dengan lancar dan dipermudahkan. Yang remeh ditolak ke tepi. Yang menjadi matlamat perlu ditekuni. Hubungan dengan Allah swt diperbaiki. Hubungan sesama manusia, insya-Allah masih terjaga lagi. Banyak hal dalam kehidupan sudah pun diizinkan Allah swt untuk saya kecapi. Maka tidaklah saya ingin persoalkan hal-hal lain yang tidak diizinkan-Nya kerana sudah pasti perancangan Dia itu pasti lebih baik daripada kita, hamba yang hina ini.

Yang penting, "Iqra'". Cari ilmu dan Istiqamah. Sekian berusaha, waktunya untuk kita bertawakal.

Siapa yang menjadi popular dalam hidup saya tahun ini?

a) Za'ba - buku ini mengandungi motivasi yang kuat untuk saya 'bangkit'. Menjadikan saya lebih 'menyendiri' dan kemudian 'terbuka'. Buku ini juga menjadi dasar semangat dan juga inti pertama dalam setiap kuliah saya.



b) Ustazah Asma' Harun - tokoh yang diperkenalkan oleh teman sepejabat yang turut meminatinya. Setiap perjalanan saya ke pejabat ditemani dengan celoteh beliau. Begitu merangsang minda dan rohani.

Image result for ustazah asma harun

c) Tafsir al-Quran - Dah lupa nama pentafsir. Nanti la kalau ada masa saya tunjuk buku tafsir tu. Dah lama saya beli buku tu. Tahun 2009/2010 tapi baru sekarang menggeledah isi al-Quran. Saya mahu cari sendiri ilmu Allah. Tidak mahu terikut-ikut atau bergantung kepada orang lain. (Nampak tak impak buku Za'ba?)

Semoga yang lain juga kekal mencari jalan yang diredhai Allah swt.

Bab dosa kecil dosa besar, tidak ada manusia yang dapat lari. Bagaimana kita menguruskan jalan kita untuk masa depan sahaja yang akan menentukan di mana kita nanti. Sejarah itu biarlah menjadi sejarah dan guru kita. Manusia ini memang begitu. Ada baik dan ada buruk. Tidak ada yang maksum kecuali para nabi semata-mata. Janganlah kita terus kecewa kerana kejahatan kita tanpa mahu berubah. Janganlah juga kita berbangga dengan kebaikan kita kerana 'bangga' itu juga sebahagian drp kejahatan yang sulit.


Subhanallah. Kematian semakin hampir. Seimbangkan hal dunia dan akhirat. Yang mana terlupa kita ingatkan. Termasuklah saya.


Sayang sikit boleh? Hehe..


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...